Machu Picchu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tempat Bersejarah Machu Picchu*
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO

80 - Machu Picchu - Juin 2009 - edit.jpg

Menara Huayna Picchu di atas runtuhan Machu Picchu
Maklumat am
Jenis Bercampur
Kriteria i, iii, vii, ix
Rujukan 274
Kawasan** Amerika Latin dan Caribbean
Sejarah inskripsi
Inskripsi 1983 (Sesi Ketujuh)

* Nama seperti tertulis dalam Senarai Warisan Dunia
** Kawasan seperti yang dikelaskan oleh UNESCO

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Machu Picchu (yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang") adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahliarkeologi dari Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.

Machu Picchu dibangun dengan gaya Inka kuno dengan batu tembok berpelitur. Bangunan utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela. Tempat-tempat ini disebut sebagai Distrik Sakral dari Machu Picchu.

Tapak sejarah tersebut telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983, Machu Picchu juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia baharu yang diumumkan oleh New 7 Wonders of The World Votes Comitte, juga mendapatkan perhatian akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh para pelancong (jumlah pengunjung mencapai 400,000 pada tahun 2003). Pada bulan September tahun 2007, Peru melakukan usaha-usaha legal atau perundangan dengan hasil tercapainya sebuah persetujuan dengan Universiti Yale untuk mengambil kembali artifak-artifak yang pernah dibawa oleh Bingham dari tapak sejarah tersebut pada awal abad ke-20.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pranala luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bangunan-stub