Mackenzie Bowell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sir Mackenzie Bowell
Mackenzie Bowell

Tempoh berjawat
21 Disember 1894 – 27 April 1896
Raja Victoria
Didahului oleh John Thompson
Digantikan oleh Charles Tupper

Tarikh lahir 27 Disember 1823(1823-12-27)
Tempat lahir Rickinghall, England
Meninggal 10 Disember 1917 (umur 93)
Belleville, Ontario
Parti politik Parti Konservatif
Pasangan Harriet Moore
Anak 9
Alma mater Tiada
Pekerjaan Editor, penghantar surat khabar, pencetak
Agama Presbiterian
Tandatangan Tandatangan Mackenzie Bowell

Sir Mackenzie Bowell, Majlis Penasihat Ratu bagi Kanada (Queen's Privy Council of Canada-PC), Anugerah St. Michael dan St. George (Order of St. Michael and St. George-KCMG) (/ˈb.əl/; (27 Disember 1823 - 10 Disember 1917) merupakan orang Inggeris berkelahiran Kanada dan seorang ahli politik yang telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Kanada ke-5 dari 21 Disember 1894 hingga 27 April 1896.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bowell dilahirkan di Rickinghall, Suffolk, England dan merupakan anak kepada John Bowell dan Elizabeth Marshall. Pada 1832, keluarganya berpindah ke Belleville, Ontario, yang di mana Bowell menuntut ilmu pencetakan di syarikat akhbar bandar tersebut, The Belleville Intelligencer. Dia menjadi pencetak berjaya dan pengarang dengan akhbar tersebut, dan kemudiannya sebagai pemilik. Dia juga merupakan ahli Freemason[1] dan juga ahli menonjol Institute Oren (Orangeman), dan menjadi Grandmaster of the Orange Order bagi Amerika Utara British, 1870-1878. Pada 1847, beliau telah mengahwini Harriet Moore (1829-1884), dan mendapat empat anak lelaki dan lima anak perempuan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Mackenzie Bowell pertama kali dipilih ke Dewan Rakyat pada 1867, sebagai ahli Konservatif, dan menuju ke Hastings Utara, Ontario. Beliau memegang kerusi ini sebagai Konservatif apabila mereka kalah dalam pilihanraya Januari 1874, akibat Skandal Pasifik. Akhir tahun yang sama dia menjadi orang penting bagi pemecatah Louis Riel dari Konservatif. Pada tahun 1878, apabila Parti Konservatif kembali memerintah, dia menyertai kabinet sebagai Menteri Kastam. Pada 1892, beliau menjadi Menteri Persenjataan dan Pertahanan. Sebagai seorang pentadbir yang cekap dan kuat berusaha, Bowell kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Perdagangan dan Perniagaan, portfolio yang baru, selepas dia menjadi Senator pada tahun yang sama. Lawatannya ke Australia pada tahun 1893 mendorong kepada persidangan koloni dan jajahan British yang pertama, yang diadakan di Ottawa pada tahun 1894. Dia menjadi Pemimpin Kerajaan di Senate pada 31 Oktober 1893.

Perdana Menteri (1894 - 1896)[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1894, Perdana Menteri Sir John Sparrow David Thompson telah meninggal dunia secara mengejut dan Bowell sebagai menteri Kabinet palig senior telah dilantai bagi menggantikan Thompson oleh Jeneral Governor. Dengan itu, Bowell menjadi Perdana Menteri Kanada yang kedua memegang jawatan tersebut ketika bertugas di Senat dan bukannya Dewan Rakyat (Yang pertama ialah John Abbott)


Sebagai Perdana Menteri, Bowell berhadapan dengan Persoalan Sekolah Manitoba. Pada tahun 1890, Manitoba telah menghapuskan pembiayaan awam bagi sekolah Katolik Rom, mengingkari akta bagi Katolik yang terdapat dalam Akta Manitoba 1870. Bowell dan penjawat sebelumnya telah terbelengu dalam menyelesaikan masalah ini. Isu tersebut telah memecahkan negara, kerajaan malah Kabinet Bowell sendiri. Dia turut tersekat dalam pengendaliannya akinbat tidak mampu membuat keputusan muktamad, dan larangan, sebagai seorang senator, untuk mengambil bahagian dalam perdebatan di Dewan Rakyat. Bowell menyokong legislatif tersebut, yang telahpun dirangka, yang akan memaksa Manitoba bagi memulihkan sekolah Khatoliknya, kemudian menggantungnya akibat bangkangan dalam kabinetnya sendiri. Dengan urusan kerajaan tergantung, Kabinet Bowell memutuskan bahawa dia tidak cekap dan dengan itu untuk memaksa dia berhenti, tujuh menteri meletak jawatan, dan kemudian menghalang pengganti mereka. Sungguhpun Bowell menggelar mereka sebagai "sarang pengkhianat" dia bersetuju untuk melepaskan jawatan. Selepas sepuluh hari peristiwa itu berlaku, dengan campur tangan Gabenor Jeneral, krisis kerajaan diselesaikan dan keadaan kelihatan kembali pulih apabila enam menteri kembali dilantik, tetapi kepimpinan sejak itu dipegang oleh Sir Charles Tupper, yang menyertai kabinet pada masa yang sama, memenuhi jawatan ke tujuh. Tupper, yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke United Kingdom, telah dipanggil balik oleh perancang bagi menggantikan Bowell. Bowell meletak jawatan dengan rasmi pada Tupper pada akhir sesi parlimen.

Kehidupan akhir[sunting | sunting sumber]

Bowell kekal dalam Senat, sebagai pemimpin parti sehingga tahun 1906, dan selepasnya sebagai senator biasa sehingga kematiannya. Bowell telah meninggal dunia akibat pneumonia di Belleville, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun hari lahirnya ke-94, dan beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Belleville. Pengkebumiannya dihadiri oleh keseluruhan wakil penuh Pergerakan Orange (Orange Order), tetapi tidak oleh ahli atau bekas ahli kerajaan yang dilantik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. A few famous freemasons at freemasonry.bcy.ca
Didahului oleh
John Thompson
Perdana Menteri Kanada
1894-1896
Diikuti oleh:
Charles Tupper