Madhouse (syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Madhouse)
MADHOUSE Ltd.
株式会社マッドハウス
Jenis/bentuk sahSyarikat Perniagaan
IndustriStudio animasi dan perusahaan pengeluaran
Ditubuhkan17 Oktober 1972
PengasasMasao Maruyama Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatJepun Ogikubo, Suginami, Tokyo
Tokoh pentingJungo Maruta, Presiden
PemilikIndex Holdings (pemegang saham majoriti)
Nippon Television
Dentsu
Sony Pictures Entertainment
Hakuhodo DY
WOWOW
Bilangan kakitangan70 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukNippon TV Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.madhouse.co.jp/
Facebook: MHMadHouse Twitter: Madhouse_News Instagram: mhmadhouse Musicbrainz: 6b0160bd-4789-4aab-afa6-c7c632f60c5d Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MADHOUSE Ltd. (Jepun: 株式会社 マッドハウス, Hepburn: Kabushiki-gaisha Maddohausu) ialah sebuah studio animasi Jepun, ditubuhkan pada awal 1970-an oleh bekas ahli-ahli Mushi-Pro yang terdiri daripada Masao Maruyama, Osamu Dezaki, Rintaro, dan Yoshiaki Kawajiri. Syarikat ini telah membantu menghasilkan berbagai-bagai siri terkenal, bermula dengan siri telvisyen Ace o Nerae! pada tahun 1973, dan juga siri-siri terkenal di barat seperti Ninja Scroll, Vampire Hunter D: Bloodlust, Trigun dan Di Gi Charat. Madhouse telah menghasilkan animasi-animasi dalam format OVA pada akhir era 1980-an dan awal 1990-an, namun tidak seperti studio-studio lain yang muncul pada waktu ini seperti AIC dan J.C.Staff, kepakaran mereka terletak dalam siaran siri-siri TV dan ciri-ciri persembahan teater. Mereka bertanggungjawab mencipta siri anime pertama Beyblade dan juga Dragon Drive.

Madhouse telah menghasilkan atau terlibat dalam siri-siri anime aksi seperti Texhnolyze, Gunslinger Girl, Claymore, Devil May Cry dan adaptasi anime daripada permainan video PlayStation terkenal, Last Order: Final Fantasy VII.

Salah satu hubungan rapat syarikat ini ialah dengan mangaka bernama Naoki Urasawa. Madhouse telah mencipta tiga buah anime adaptasi manganya: Yawara!, Master Keaton dan Monster. Mereka juga telah mencipta katalog Clamp: Tokyo Babylon, dua buah versi X, Cardcaptor Sakura dan Chobits.

Filem[sunting | sunting sumber]

Mereka telah membantu dalam persembahan teater filem Barefoot Gen, sebuah filem anime berdasarkan siri space opera Lensman oleh seorang lagenda fiksyen sains bernama E.E. "Doc" Smith, mencipta karya animasi versi Osamu Tezuka iaitu Metropolis serta dua buah filem untuk Sanrio membintangkan watak kuda bertanduk satu Tezuka iaitu Unico, dan menghasilkan keempat-empat (terkini) filem Satoshi Kon: Perfect Blue, Millennium Actress, Tokyo Godfathers, dan Paprika. Madhouse juga menghasilkan filem anime 2003 berjudul Nasu: Summer in Andalusia, yang diadaptasikan daripada manga seinen Nasu oleh Iou Kuroda dan diarahkan oleh Kitaro Kosaka dari Studio Ghibli

  • Pada 9 November, 2006, mereka telah mengumumkan di laman web mereka yang mereka akan menghasilkan sebuah siri animasi berdasarkan Maple Story.

Senarai siri anime[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kerjasama[sunting | sunting sumber]

Madhouse telah bekerjasama dengan Square Enix dalam OVA Last Order -Final Fantasy VII-.