Madjid Bougherra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madjid Bougherra
Maklumat peribadi
Nama penuh Madjid Bougherra
Tarikh lahir (1982-10-07) 7 Oktober 1982 (umur 41)
Tempat lahir Longvic, Perancis
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Fujairah
Nombor 24
Kerjaya remaja
1999–2000 AS Quetigny
2000–2002 AS Longvic
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Gueugnon 49 (1)
2006Crewe Alexandra (pinjaman) 11 (1)
2006–2007 Sheffield Wednesday 28 (2)
2007–2008 Charlton Athletic 34 (2)
2008–2011 Rangers 81 (3)
2011–2014 Lekhwiya 43 (3)
2014– Al-Fujairah 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2004 Algeria B23 3 (0)
2004– Algeria 65 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 April 2012
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2014

Madjid Bougherra (Arab: مجيد بوغرة; lahir 7 Oktober 1982) merupakan pemain bola sepak Algeria yang kini ejen bebas. Beliau bermain di posisi pertahanan dan juga bermain di pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Bougherra memulakan kerjaya bola sepaknya di AS Quetigny pada 1999 dengan menghabiskan selama satu musim sebelum berpindah ke kelab tempatan, AS Longvic.

Gueugnon[sunting | sunting sumber]

Bougherra menyertai kelab Gueugnon pada Julai 2002. Beliau bersama kelab Ligue 2 itu telah membuat 49 penampilan liga dan menjaringkan satu gol. Beliau hanya membuat satu penampilan di Coupe de la Ligue.[1]

Crewe Alexandra[sunting | sunting sumber]

Bougherra menyertai kelab Divisyen Satu Inggeris, Crewe Alexandra sebagai pemain pinjaman pada akhir Januari 2006.[2]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Crewe ketika menang besar 4-1 ke atas Coventry City.[3] Ramai penyokong kelab itu menggesa pengurus Dario Gradi supaya menandatangani Bougherra secara kekal. Walau bagaimanapun, pada bulan April 2006, Bougherra mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Crewe pada akhir tempoh pinjaman setelah gagal membantu Crewe ke peringkat seterusnya dalam kejohanan Piala Liga Inggeris.[4]

Sheffield Wednesday[sunting | sunting sumber]

Aksi Bougherra di Crewe telah menarik minat beberapa kelab di England termasuk beberapa dari kelab Liga Perdana Inggeris. Beliau menandatangani untuk bersama kelab Divisyen Satu, Sheffield Wednesday pada Mei 2006 mengenai perjanjian kekal. Bayaran itu tidak didedahkan tetapi menurut pengurus Paul Sturrock, ia tidak sebanyak yang dilaporkan £300,000.[5]

Bougherra membuat impak besar selepas membuat debut pada 5 Ogos 2006 menentang Preston North End dan memenangi Pemain Bulanan Terbaik pada bulan keduanya bersama kelab tersebut. Beliau juga menjadi kapten pasukan buat pertama kali ketika menentang Queens Park Rangers pada Oltober 2006. Beliau juga menjaringkan dua gol ketika menentang Ipswich Town[6] pada separuh masa pertama dalam musim 2006–07.

Charlton Athletic[sunting | sunting sumber]

Dalam musim perpindahan Januari 2007, Bougherra telah dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris. Sheffield Wednesday menolak tawaran £1.3 juta dari Charlton Athletic,[7] Reading,[8] Everton[9] dan Birmingham City. Akhirnya pasukan Owls menerima tawaran meningkat £2.5j oleh Charlton untu Bougherra, yang akhirnya selesai perpindahan Bougherra pada 28 Januari 2007.[10] Bougherra dikaitkan perpindahan ke West Bromwich Albion pada musim panas 2008 selepas perpindahan sebanyak £2.5 juta diterima oleh Charlton. Walau bagaimanapun, Bougherra memilih untuk tidak menyertai Albion, mengatakan bahawa ketiadaan Pengerusi West Brom, Jeremy Peace semasa rundingan merupakan faktor utama; Peace mengulas bahawa kehadirannya tidak diperlukan untuk pemindahan terus.[11]

Rangers[sunting | sunting sumber]

Bougherra menyertai Rangers dengan menandatangani kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak £2.5 juta pada 31 Julai 2008.[12] Beliau menandatangani untuk bersama Rangers atas syor dari Adam Owen yang bekerja rapat dengan beliau di Sheffield Wednesday dalam Divisyen Satu Inggeris.

Beliau membuat debut bersama Rangers pada 9 Ogos 2008 dalam perlawanan Liga Perdana Scotland menentang Falkirk[13] dan menjaringkan gol pertamanya pada 28 September 2008 ketika menentang Hibernian, 3-0.[14] Selepas kehilangan Carlos Cuéllar yang ke Aston Villa, Bougherra membentuk perkongsian konsisten bersama David Weir. Bougherra telah dibuang padang pada perlawanan 2-1 menang ke atas Aberdeen pada Mei 2009 selepas mengasak Jamie Langfield. Kad merah telah ditukar semula kepada kad kuning apabila rayuan kepada pengadil apabila pengadil mengubah keputusannya selepas meneliti insiden itu.[15] Bougherra menghabiskan musim pertamanya di Scotland dengan memenangi Piala Scotland apabila menang 1-0 ke atas Falkirk.

Pada 12 September 2009, Bougherra menerima kad kuning kedua apabila menentang Motherwell dan Motherwell mendapat tendangan penalti. Pada 16 September 2009, beliau menjaringkan gol solo dan mengubah keputusan seri 1-1 menentang Stuttgart dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Perlawanan itu juga merupakan debut Bougherra di perlawanan Eropah.[16] Selepas bermain untuk Algeria menentang Rwanda dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, Bougherra pulang ke Scotland dua hari lewat.[17] Pada 3 Mei 2010, Bougherra telah dianugerahkan sebagai Gol Terbaik PFA ketika menang besar 7-1 ke atas Dundee United pada Disember 2009.[18]

Pada 14 September 2010, Bougherra telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford di mana keputusan seri 0–0.[19] Pada 26 Januari 2011, beliau menjaringkan gol "voli" ketika menentang Hibernian, 2-0.[20] Pada Mac 2011, Bougherra mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Rangers pada penamat musim 2010–11 selepas menolak untuk menandatangani kontrak baru.[21] Pada 3 Ogos, dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Malmo, Bougherra menerima kad merah dan pada perlawanan itu juga, perlawanan terakhir Bougherra untuk Rangers.[22]

Lekhwiya[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, Bougherra berpindah ke kelab Qatar, Lekhwiya dengan bayaran sebanyak £1.7 juta.[23] Bougherra membuat debut liga bersama Lekhwiya pada 16 September menentang Al-Wakrah di mana beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan. Dalam musim pertamanya bersama kelab, beliau telah membantu Lekhwiya memenangi Qatar Stars League 2011–12. Bougherra meninggalkan Lekhwiya pada Mei 2014.[24]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun dilahirkan di Perancis dan dibesarkan di Dijon, Bougherra tetap ingin bermain untuk mewakili negara tanah air datuknya.[25] Beliau membuat debut bersama pasukan bawah-23 pada 2 Januari 2004 dalam kelayakan Sukan Olimpik 2004 menentang Ghana. Beliau membuat dua penampilan bersama skuad bawah-23 dalam kelayakan menentang Ghana dan Zambia.[26]

Bougherra membuat debut penuh bersama pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 pada 20 Jun 2004 menentang Zimbabwe.[27] Pada 2 Julai 2007, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Algeria dalam perlawanan terikat seri 2–2 menentang Cape Verde. Gol keduanya kembali pada 20 Jun 2009, dengan menanduk masuk dari sepakan percuma pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Zambia di mana Algeria menang 2-0.[28]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 2 Jun 2007 Estádio da Várzea, Praia  Tanjung Verde 1–0 2-2 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2008
2. 20 Jun 2009 Stadium Konkola, Chililabombwe  Zambia 1–0 2-0 Kelayakan Piala Dunia 2010
3. 24 Januari 2010 Estádio Chimandela, Lubango  Côte d'Ivoire 2–2 3–2 Piala Negara-Negara Afrika 2010
4. 19 November 2013 Stade Mustapha Tchaker, Blida  Burkina Faso 1–0 1-0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 Ogos 2011
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Crewe Alexandra

(Pinjaman dari FC Gueugnon)

2005–06 11 1 0 0 0 0 N/A N/A 11 1
Jumlah 11 1 0 0 0 0 N/A N/A 11 1
Sheffield Wednesday
2006–07 28 2 0 0 1 0 N/A N/A 29 2
Jumlah 28 2 0 0 1 0 N/A N/A 29 2
Charlton Athletic
2006–07 5 0 0 0 0 0 N/A N/A 5 0
2007–08 29 2 2 0 2 0 N/A N/A 33 2
Total 34 2 2 0 2 0 N/A N/A 38 2
Rangers
2008–09 31 1 5 0 3 0 0 0 39 1
2009–10 17 1 2 0 1 0 3 1 23 2
2010–11 31 1 3 0 4 1 9 0 47 2
2011–12 2 0 0 0 0 0 2 0 4 0
Jumlah 81 3 10 0 8 1 14 1 113 5

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rangers

Lekhwiya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Football:Madjid Bougherra". Football Database. 22 January 2010.
  2. ^ "Crewe recruit Algerian defender". BBC Sport. 31 January 2006.</refrewe_alexandra/4690542.stm|publisher=BBC Sport|date=7 February 2006}}
  3. ^ "Crewe 4–1 Coventry". BBC Sport. 24 March 2006.
  4. ^ "Gradi accepts Bougherra departure". BBC Sport. 25 April 2006. Dicapai pada 22 January 2010.
  5. ^ "Boss Delighted at Madjid Capture". Sheffield Wednesday. 20 December 2006.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Ipswich 0–2 Sheff Wed". BBC Sport. 11 November 2006. Dicapai pada 31 October 2009.
  7. ^ "Addicks bid for Bougherra snubbed". BBC Sport. 10 January 2007.
  8. ^ "Friday's football gossip". BBC Sport. 15 January 2006.
  9. ^ "Monday's football gossip". BBC Sport. 15 January 2007.
  10. ^ "Charlton complete Bougherra swoop". BBC Sport. 29 January 2007.
  11. ^ "West Brom chairman rejects Bougherra claims". Birmingham Post. 4 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-28. Dicapai pada 2014-11-24.
  12. ^ "Rangers sign defender Bougherra". BBC Sport. 31 July 2008.
  13. ^ "Falkirk 0–1 Rangers". BBC Sport. 9 August 2008.
  14. ^ "Hibernian 0–3 Rangers". BBC Sport. 28 September 2008.
  15. ^ "Bougherra has red card overturned" BBC Sport, 22 May 2009
  16. ^ "Bougherra earns Rangers Champions' League point". BBC Sport. 16 September 2009.
  17. ^ "Smith seeks Bougherra explanation" BBC Sport, 17 October 2009
  18. ^ "Danny Wilson & Madjid Bougherra shrug off exit talk" BBC Sport, 3 May 2010
  19. ^ A Team Effort Diarkibkan 2010-09-17 di archive.today Rangers FC, 14 September 2010
  20. ^ Hibernian 0 – 2 Rangers BBC Sport, 26 January 2011
  21. ^ Greechan, John (11 April 2011). "Bougherra set for summer exit after turning down new Rangers deal". The Daily Mail. Dicapai pada 26 April 2011.
  22. ^ "Malmo 1 – 1 Rangers (agg 2 – 1)". BBC Sport. 3 August 2011. Dicapai pada 5 August 2011.
  23. ^ "Defender Madjid Bougherra leaves Rangers for Lekhwiya". BBC. 10 August 2011. Dicapai pada 14 August 2011.
  24. ^ "Former Rangers defender Madjid Bougherra wants to return to Ibrox".
  25. ^ "World Cup 2010 – Madjid Bougherra". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 5 September 2010.
  26. ^ Player Profile – Madjid Bougherra
  27. ^ "Zimbabwe – Algeria match report" Diarkibkan 2013-06-30 di Wayback Machine FIFA, 24 January 2010
  28. ^ "Saifi secures win for Algeria". ESPN Soccernet. 20 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 26 October 2009.

Templat:Skuad Lekhwiya SC