Madu Tiga
| Madu Tiga | |
|---|---|
Poster filem Madu Tiga |
|
| Pengarah | P. Ramlee |
| Penerbit | Vee Meng Shaw |
| Pengarang | S. Kadarisman P. Ramlee |
| Lakonan | P. Ramlee Sarimah Ahmad Nisfu |
| Sinematografi | Abu Bakar Ali Mustafa Yassin |
| Penyuntingan | Wong Hong Peng H.R. Raman |
| Mula ditayang | 12 Februari 1964 |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Madu Tiga merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 12 Feb 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Feb 1964.
Isi kandungan |
[sunting] Ringkasan
Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah sudah berkahwin selama 12 tahun. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah, dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.
[sunting] Pelakon
- P. Ramlee sebagai Jamil
- Zaharah Agus sebagai Latifah
- Sarimah sebagai Rohani
- Jah Mahadi sebagai Hasnah
- Ahmad Nisfu sebagai Tuan Haji
- M. Rafee sebagai Rafi
- Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani)
- Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah
Bintang Undangan Allias Congo
[sunting] Lagu
- Selamat Pengantin Baru, nyanyian Saloma
- Madu Tiga
- Gambus Jodoh
- Pukul Tiga Pagi
[sunting] Anugerah
- Menang Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia 1964 di Taipeh.
[sunting] Pautan luar
- (Bahasa Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Madu Tiga