Maestro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maestro diambil dari bahasa Itali dan bahasa Sepanyol yang bermaksud "pakar" atau "guru". Istilah yang diambil untuk penggunaan dalam konteks muzik klasikal Eropah dan opera ini adalah dari pembendaharaan bahasa Itali yang diambil untuk penggunaan bahasa Inggeris dan juga lain-lain bahasa. Gelaran "Maestro" kebiasaannya diberi kepada karyawan muzik yang ternama dan berpengaruh termasuklah penggubah muzik, pengarah muzik, konduktor muzik dan juga guru muzik.

Dalam dunia opera Itali, istilah ini bukan sahaja diberikan untuk konduktor muzik ternama, malah juga untuk répétiteur (orang yang bertanggungjawab melatih para penyanyi dan pemuzik) dan juga kepada pembantu kanan konduktor muzik (dipanggil sebagai maestro sostituto atau maestro collaboratore). Walaupun tidak ada panggilan rasmi untuk konduktor muzik wanita, namun panggilan yang berbunyi kewanitaan seperti maestra yang bermaksud "guru perempuan" kerap digunakan kepada kaum wanita yang aktif dalam bidang muzik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Norman Lebrecht, The Maestro Myth: Great Conductors in Pursuit of Power, 2nd Rev&Up edition, Citadel Press 2001
  • Warrack, John and West, Ewan (1992), The Oxford Dictionary of Opera, 782 pages, ISBN 0-19-869164-5