Magic II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MAGIC
Magic-and-Super550.jpg
Peluru berpandu R550 Magic (kiri) dan Super 530 (kanan) di bawah sayap pesawat Mirage 2000
Penerangan
Jenis Peluru berpandu Udara-ke-Udara Jarak Dekat
Pengeluar Matra, MBDA
Mula digunakan Magic (1975), Magic II (1986)
Pengguna Perancis, Argentina, Taiwan
Ciri-ciri umum
Panjang 2.72 m
Diameter 157 mm
Berat peluru berpandu 89 kg
Berat kepala peledak 13 kg
Enjin Bahan api pepejal
Kelajuan Mac 3
Ketinggian penerbangan Sehingga 11,000 m
Jarak 0.3 - 15 km
Panduan Infra merah
Fius Infra merah
Platfom pelancaran Dassault Rafale, Dassault Mirage 2000, Super Etendards

R550 Magic ialah peluru berpandu jarak dekat direkabentuk pada 1968 oleh syarikat Perancis, Matra untuk bersaing dengan AIM-9 Sidewinder buatan AS. Pada 11 Januari 1972, Pusat Percubaan Penerbangan Gloster Meteor telah menembak peluru berpandu R550 Magic dan berjaya menembak jatuh sasaran dron Nord CT20.

Dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 1976, peluru berpandu Magic telah digunakan oleh Tentera Udara Perancis dan Tentera Laut Perancis.

Tentera Laut Argentina menggunakan peluru berpandu Magic untuk pesawat Super Etendard. Ia dibeli selepas Perang Falkland 1982.

Versi naik taraf iaitu "Magic 2", mengantikan model awal pada 1986. Tidak digunakan lagi pada masa ini, 11,300 peluru berpandu Magic 2 dikeluarkan dan dieksport; terutamanya ke Iraq, yang menggunakannya semasa pertempuran sebenar.

Peluru berpandu Magic mempunyai 8 sirip kekal, dan 4 sirip bergerak. Ia dijana oleh enjin bahan api pepejal, dan boleh menyerang sasaran secara bebas daripada pesawat dengan menggunakan sistem pasif infra merah. Peluru berpandu Magic 2 mengantikan kepala penjejak AD3601 dengan AD3633, membenarkan tembakan dihadapan sasaran (peluru berpandu Magic 1 hanya boleh menembak dari belakang sasaran). Peluru berpandu Magic 1 mempunyai kubah lutsinar di kepalanya manakala bagi Magic 2 adalah kabur.

Peluru berpandu Magic masih digunakan oleh pesawat Super Étendard, Mirage 2000 dan Rafale. Ia akan digantikan secara beransur-ansur oleh peluru berpandu MBDA MICA.

Sebanyak 480 buah peluru berpandu dijual kepada Taiwan dan digunakan oleh Tentera Udara Republik China.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]