Magic Jewelry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Magic Jewelry adalah permainan teka-teki Taiwan yang dibuat untuk Famicom. Ia telah diprogramkan oleh Hwang Shinwei dan dikeluarkan pada tahun 1990 oleh syarikat RCM tanpa lesen dari Nintendo.

Titik permainan ini adalah untuk memadankan tiga atau empat kotak dengan menggunakan kolum tiga keping yang jatuh ke kotak permainan yang sama dengan mekanisma di dalam permainan SEGA iaitu Columns.

Latar belakang permainan ini adalah terletak di bandar New York dan mempunyai patung Liberty yang muncul di sebelah kanan skrin.

Permainan ini adalah permainan multi sistem Famicom. Sebagai contoh, ia telah dibina ke dalam Power Player Super Joy III dan seterusnya di dalam Pelican VG Pocket dengan nama Jewels, tetapi dengan grafik yang diubahsuai.


Pada tahun 1991, kesinambungan permainan ini iaitu Magic Jewelry II telah dihasilkan. Mekanisma permainan ini adalah sama dengan permainan yang pertama. Ia telah ditambah dengan beberapa ciri baru seperti mod dua pemain, tema yang diubah (permata, buah, dadu, Mahjong, kotak yang berwarna dan kad permainan) serta ciri-ciri lain. Permainan ini kurang dikenali berbanding dengan permainan sebelumnya di dalam katrij permainan multi 150 dalam 1.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]