Magical Girl Lyrical Nanoha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magical Girl Lyrical Nanoha
GenreMagical girl, Bishoujo
Anime
PengarahAkiyuki Shinbo
StudioSeven Arcs
Penyiaran AsalJepun Gifu Broadcasting System, TV Saitama, Mie Television, TV Osaka, Chiba Television Broadcasting, TV Kanagawa
Malaysia NTV7
Penyiaran LainIndonesia NET. (Disember 2020)
Dikeluarkan pada1 Oktober 200425 Disember 2004
Senarai Filem
  1. Magical Girl Lyrical Nanoha the Movie 1st
  2. Magical Girl Lyrical Nanoha the Movie 2nd
Portal Anime dan Manga

Magical Girl Lyrical Nanoha ataupun dalam Bahasa Jepun (魔法少女リリカルなのは|Mahō Shōjo Ririkaru Nanoha) merupakan siri anime 13 episod yang berasal dari negara Jepun. Siri ini telah disiarkan di negara Jepun pada tahun 2004. Berbeza dengan negara Malaysia, siri ini mula ditayang pada tahun 2007 di Ntv7. Siri ini merupakan satu spin-off daripada siri permainan dan OVA iaitu Triangle Heart. Siri Magical Girl Lyrical Nanoha ini telah disusuli oleh empat musim yang lain, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha A's yang telah disiarkan di Jepun pada akhir 2005, Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS yang telah disiarkan pada tahun 2007, dan manga-nya yang lain iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid yang dihasilkan pada tahun 2009 dan Magical War Chronicle Lyrical Nanoha Force yang juga dihasilkan pada tahun 2009.

Anime ini diarahkan oleh Ayuki Shinbo manakala lakon layarnya ditulis oleh Misaki Tsuzuki dan dihasilkan oleh Seven Arcs. Di Jepun siri ini ditayangkan sebanyak 13 episod di antara Oktober sehingga Disember 2004. Kemudian terdapat sebuah novel terbitan Megami Bunko diadaptasikan daripada siri anime ini, yang dihasilkan pada 2005. King Records juga menggunakan beberapa soundtrack asal daripada anime masuk ke dalam drama CD. Pada tahun 2005 Magical Girl Lyrical Nanoha A's menyusul dalam siri anime yang juga terbitan Seven Arcs pada Oktober 2005 yang ditayangkan di Chiba TV. Pada 23 Januari 2010, sebuah filem ataupun movie yang diadaptasi daripada siri pertama ini telah ditayangkan dipawagam iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha First Movie serentak dengan penerbitan sebuah majalah iaitu Megami Megazine. Anime ini turut diterbitkan oleh Namco-Bandai sebagai satu permainan dalam bentuk PSP yang bertajuk Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Battle of Aces, Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Gears of Destiny dan juga Nendoroid Generation.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun siri ini mengandungi klise yang terdapat dalam anime jenis Magical Girl, namun terdapat juga kelainan yang ketara:

  • Nanoha mendasarkan magisnya pada teknologi berbanding unsur magis tradisi dalam anime jenis sedemikian yang lain.
  • Siri ini mempunyai koreografi yang dihasilkan dengan lebih teliti berbanding rancangan "Magical Girl" yang lain, mencerminkan demografik berlainan (penonton lelaki remaja dan dewasa muda, berbanding penonton perempuan muda yang lazim bagi subgenre anime ini)
  • Paling penting sekali, kisah siri ini lebih menekankan unsur emosi daripada anime Magical Girl lain, dengan tema-tema seperti pengasingan sosial dan penderaan kanak-kanak.

Plot[sunting | sunting sumber]

Takamachi Nanoha merupakan seorang pelajar perempuan yang masih bersekolah rendah iaitu, berada di tahun tiga. Nanoha tinggal bersama sama dengan ibu bapanya yang menguruskan Kedai Kek Midoriya, serta abang dan kakaknya yang masing-masing belajar di Universiti dan Sekolah Tinggi. Kehidupannya yang sederhana telah berubah menjadi sesuatu yang menakjubkan setelah dia bertemu dengan pakar pengkaji sejarah, Yuno Scrya. Yuno berada di dimensi Bumi untuk mencari permata magis yang bertaburan, Jewel Seed. Yuno telah memberikan sebutir permata berbentuk bulat yang boleh menghasilkan satu kuasa sihir yang hebat, ataupun lebih dikenali sebagai intelligent device @ senjata. Senjata itu dikenali sebagai Raging Heart.

Yuno perlu mengumpul kesemua Lost Logia iaitu 21 butir Jewel Seed, dalam bahasa jepun ジュエルシード,Jueru Shīdo, kristal berkuasa yang hilang dari dunia Yuno yang boleh menunaikan hajat serta amat berbahaya jika disalah guna. Bagaimanapun, bukan Nanoha dan Yuno sahaja yang memburu Jewel Seeds, malah terdapat seorang gadis asing bernama Fate testarossa dan Familiar nya @ haiwan penjaganya, Arf Testarossa yang juga mencari Jewel Seed. Oleh kerana mempunyai matlamat yang sama, Nanoha dan Fate ditakdirkan bertemu. Fate mengumpulkan Jewel Seed atas suruhan ibunya, Precia Testarossa. Precia tinggal di dimensi Garden Of Time @ Taman Waktu. Precia inginkan Jewel Seed kerana percaya bahawa Jewel Seed boleh membawanya ke dimensi Al Hazard untuk menghidupkan kembali anaknya yang telah meninggal dunia, Alecia Testarossa. Fate mengumpul Jewel Seed tanpa mengetahui motif sebenar ibunya, Precia.

Oleh kerana ingin memiliki Jewel Seed sebanyak yang mungkin, berlakulah pertarungan yang hebat antara mereka berdua. Tetapi, Nanoha merupakan gadis yang berhati mulia, dan dia ingin menyelamatkan Fate yang selalu sahaja kelihatan muram dan sedih. Fate juga ingin bersahabat dengan Nanoha, namun dia terpaksa melupakannya kerana kemahuannya untuk menggembirakan ibunya lebih kuat daripada kemahuannya ingin bersahabt dengan Nanoha. Dalam siri pertama ini, berlakunya pertarungan hebat antara mereka sehinggakan berlakunya gangguan dimensi. Akhirnya, pertarungan mereka dihentikan oleh Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau yang dianggotai oleh Lindy Harlaown, Chrono Harlaown dan Amy Lamietta.

Fate dan Arf ditangkap dan disoal siasat. Pihak Jabatan Angkasa Bureau menyerbu kediaman Testarossa di Taman Waktu bersama Nanoha dan Yuno. Ketika itu, Fate mengetahui hajat sebenar ibunya dan Fate terkejut kerana mendapati seorang budak yang seiras dengannya berada dalam balang kaca. Precia mengatakan bahawa gadis itu ialah anak kandungnya dan Fate hanyalah sebahagian daripada Projek Pengklonan Memori. Precia amat membenci Fate. Fate kemudian segera bangun daripada hidupnya yang sedih dan bersemangat menuju ke Taman Waktu untuk menyelamatkan ibunya. Fate bekerjasama dengan Nanoha begitu juga Arf dan Yuno memecahkan dan mengalahkan robot ciptaan Precia. Sehingga ke saat akhir, Precia tetap berkeras ingin ke Al Hazard dan Fate gagal menyelamatkannya. Fate diselamatkan oleh Nanoha yang hampir jatuh ke dalam rekahan dimensi lain. Fate akhirnya menjadi sahabat baik Nanoha dan cerita mereka seterusnya disambung dalam musim kedua iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha A's.

Watak Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Takamachi Nanoha
  • Nanoha Takamachi (Jepun: 高町 なのは, Hepburn: Takamachi Nanoha)
Suara Latar : Yukari Tamura
Nanoha merupakan seorang gadis yang berada di tahun tiga sekolah rendah. Nanoha memiliki kehidupan biasa yang gembira dikelilingi oleh ahli keluarganya, dan sahabat sahabatnya yang begitu rapat dengannya. Mereka ialah Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Keluarganya membuka Kedai Kek Midoriya. Suatu malam, Nanoha bermimpi sesuatu yang pelik, iaitu dia bertemu dengan seorang ahli sihir yang berada dalam kesusahan. Keesokan harinya, Nanoha bertemu dengan seekor feret yang cedera parah. Feret tersebut berbicara dengannya melalui hubungan telepati dan mengatakan dia lah yang menyeru Nanoha dalam mimpi. Feret tersebut bernama Yuno Scrya. Yuno meminta pertolongan Nanoha untuk mengumpulkan Jewel Seed dengan pertolongan intelligent device @senjata Raging Heart. Dalam melaksanakan misinya, Nanoha bertemu dengan Fate testarossa yang mempunyai matlamat yang sama. Persahabatan antara mereka terjalin dan Nanoha akhirnya berjaya membawa Fate keluar dari dunianya yang suram.
Yuno Scrya
Suara Latar : Kaori Mizuhashi
Yuno merupakan pakar pengkaji artifak sejarah dari dimensi lain, iaitu Lokasi Mid Childa. Yuno sedang mengkaji suatu permata yang mempunyai kuasa yang tinggi iaitu Jewel Seed. Letupan yang tidak diduga di lokasi tersebut menyebabkan Jewel Seed tersebar di seluruh dimensi Bumi. Oleh itu, Yuno meminta kebenaran daripada Jabatan Angkasa Bureau untuk turun ke dimensi Bumi. Untuk menjamin keselamatannya, Yuno turut membawa senjata dengannya iaitu Raging Heart. Setelah tiba di dimensi bumi, Yuno terpaksa berlawan dengan binatang jadian yang mengeksploitasikan Jewel Seed untuk kegunaan sendiri. Binatang tersebut menjadi kuat sehinggakan Yuno tidak dapat melindungi dirinya sendiri. Yuno bertukar bentuk dan menjadi seekor feret. Yuno menyeru Nanoha untuk menolongnya.Setelah bertemu dengan Nanoha, Yuno dibawa pulang ke rumah Nanoha, dan amat disukai oleh kakak Nanoha kerana Yuno amat comel.
Fate Testarossa
Suara Latar : Nana Mizuki
Fate Testarossa meruapakan Mage @ ahli sihir dari dimensi Taman Waktu yang diutus oleh ibunya, Precia Testarossa untuk mengumpulkan Jewel Seed. Fate merupakan seorang anak yang taat dan berusaha keras untuk mengembalikan senyuman ibunya. Fate yang dibantu oleh Familiar nya, Arf, dan senjatanya Bardiche bertemu dan berlawan dengan Takamachi Nanoha kerana mereka mempunyai matlamat yang sama. Fate menguasai serangan jarak dekat dan keistimewaannya ialah speed @ kepantasan. Pada awal musim ini kekuatan Fate mengatasi kekuatan Nanoha. Namun begitu, Nanoha kembali berdiri dan menjadi saingan yang kuat. Setelah mengetahui niat sebenar ibunya mengumpulkan Jewel Seed, Fate bekerjsama dengan Nanoha untuk mengembalikan ibunya. Namun ibunya tidak dapat diselamatkan dan akhirnya pergi bersama kakaknya, Alecia Testarossa. Akhirnya Fate dan Nanoha menjadi sahabat baik.
Arf Testarossa
Suara Latar : Natsuko Kuwatani
Arf ialah seekor serigala. Arf tinggal di kawasan Gunung Mid Childa. Arf mendapat penyakit yang sukar diubati dan dihalau oleh kumpulan serigala yang lain kerana bimbang dijangkiti. Arf berjalan ke Taman Waktu dan akhirnya meninggal dunia di situ. Fate yang berjalan jalan, bertemu dengan mayat Arf. Fate meminta kebenaran daripada gurunya, Linith Testarossa untuk menghidupkan kembali Arf. Linith mula menentang, tetapi akhirnya bersetuju kerana Fate berjaya menyakinkannya. Dengan Mana @ Kuasa yang ada pada Fate, Fate berjaya menukarkan mayat Arf kepada Familiar @ haiwan penjaga yang boleh menjelma sebagai manusia. Oleh itu, Arf bersumpah bahawa dia akan menjaga Fate sehingga akhir hayatnya. Hal ini terbukti, apabila Arf sentiasa berada di sisi Fate dan bersedia untuk mati bagi Fate.

Watak Sampingan[sunting | sunting sumber]

Pegawai Tadbir Jabatan Angkasa Bureau[sunting | sunting sumber]

Gill Graham
  • Gill Graham (Jepun: ギル・グレアム, Hepburn: Giru Gureyamu)
Suara Latar : Chou Katsumi
Gill Graham ialah pegawai tertinggi dalam pentadbiran Jabatan Angkasa Bureau. Seperti Takamachi Nanoha, Gill juga berasal dari dimensi Bumi. Gill terlibat dalam kes kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman buat kali pertama. Gill mempunyai dua Familiar kucing kembar yang bernama Aria dan Lotte. Gill seorang yang dedikasi terhadap tugasnya. Gill menanggung kekesalan apabila dia gagal menyelamatkan Clyde Harlaown (Jepun: クライド·ハラオウン, Hepburn: Kuraido haraoun) iaitu suami kepada Lindy Harlaown dan ayah kepada Chrono Harlaown. Clyde terkorban dalam peristiwa kebangkitan Buku Kezaliman. Gill mengatakan dia kawan kepada ayah Yagami Hayate kerana dia ingin memerhati pergerakan Hayate sebagai Master yang seterusnya bagi Buku Kezaliman. Gill akhirnya bersara dan berehat sepenuhnya di kediamannya yang terletak di dimensi Bumi bersama sama dengan Aria dan Lotte.


Lindy Harlaown
  • Lindy Harlaown (Jepun: リンディ・ハラオウン, Hepburn: Rindi Haraoun)
Suara Latar : Aya Hisakawa
Lindy Harlaown merupakan wanita yang menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Lindy merupakan pegawai tadbir Jabatan Angkasa Bureau. Lindy bukan saja berjaya dalam kerjayanya, bahkan Lindy turut berjaya menjadi ibu yang penyayang dan ibu yang tabah. Buktinya, Lindy berjaya membesarkan Chrono Harlaown dan anak angkatnya, Fate testarossa serta Arf Testarossa dengan baik sekali. Lindy menyandang jawatan yang tinggi di bawah jagaan Gill Graham. Lindy kehilangan suaminya yang tercinta dalam memerangi kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman yang pertama di bawah arahan Master yang lain, bukannya Master Yagami Hayate. Lindy berkuasa untuk membuka kunci senjata yang hebat, iaitu Arc en Ciel dalam musim kedua, untuk menentang buku Kezaliman.
Chrono Harlaown
  • Chrono Harlaown (Jepun: クロノ・ハラオウン, Hepburn: Kurono Haraoun)
Suara Latar : Tomokazu Sugita
Chrono Harlaown ialah anak kepada Lindy Harlaown. Chrono menghabiskan masa membesarnya dengan berada di Kapal Asura bersama sama dengan ibunya dalam memerangi jenayah dimensi. Chrono kehilangan ayahnya dalam peristiwa kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman buat kali pertama. Chrono banyak membantu dalam menyelesaikan kes Precia Testarossa, kebangkitan Buku Kezaliman, dan penjenayah Jail Scaglietti. Chrono berkahwin dengan Amy Lamietta dan dikurniakan anak kembar. Senjata Chrono ialah Frozen Ice Durandal. Chrono amat rapat dengan adik angkatnya, Fate testarossa, rakan rakannya, Takamachi Nanoha dan Yagami Hayate.
Amy Lamietta
  • Amy Lamietta (Jepun: エイミィ・リミエッタ, Hepburn: Eimyi Rimietta)
Suara Latar : Yuki Matsuoka
Amy Lamietta ialah seorang gadis yang gila gila. Amy selalu mengusik Chrono Harlaown dengan jenaka jenaka yang mengatakan Chrono menaruh hati terhadap Takamachi Nanoha. Namun begitu, akhirnya Amy dijodohkan dengan Chrono di musim ketiga dan dikurniakan sepasang anak kembar. Amy seorang pekerja yang dedikasi. Amy bekerja sebagai pegawai pengkomputeran bagi Jabatan Angkasa Bureau iaitu sistem komputer utama untuk menjejak musuh. Amy juga rapat dengan Lindy Harlaown. Amy berkelakuan seperti kebudak budakan namun Amy kelihatan tegas ketika melaksanakan tugasnya.

Keluarga Testarossa[sunting | sunting sumber]

Precia Testarossa
Suara Latar : Rei Igarashi
Precia Testarossa merupakan ibu kepada Fate testarossa. Di saat dirinya bersama dengan anak kandungnya, Alecia Testarossa, Precia digambarkan sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya. Namun, setelah kematian Alecia akibat letupan ditempat kerjanya, Precia menjadi gila kerana tidak dapat menerima kenyataan dan Precia berasa amat menyesal kerana tidak meluangkan masa bersama sama dengan Alecia kerana Precia amat sibuk dimakmalnya sebagai alchemist @ ahli kimia. Oleh itu, Precia menghasilkan Fate daripada Projek Pengklonan Memori dan menggunakan Fate mengumpul Jewel Seed untuk menghidupkan kembali anaknya di Al Hazard. Precia akhirnya mati di musim ini kerana dia jatuh ke dalam rekahan dimensi bersama sama dengan mayat Alecia yang diawet dalam balang kaca.
Fail:Lyrical 2 Alicia testarossa 1.jpg
Alecia Testarossa
Suara Latar : Nana Mizuki
Alecia Testarossa ialah kakak kepada Fate testarossa. Alecia digambarkan sebagai kanak kanak yang bahagia dan sentiasa gembira biarpun ibunya amat sibuk dan jarang melayannya. Alecia mempunyai seekor kucing. Setelah kematian Alecia, kucing tersebut ditukar menjadi Familiar oleh Precia Testarossa yang diberi nama sebagai Linith Testarossa. Alecia merupakan budak yang comel dan seiras Fate. Alecia terkorban dalam peristiwa letupan di tempat ibunya bekerja. Kematiannya menyebabkan ibunya, menjadi tidak waras dan mula memberi tumpuan dalam menjalankan Projek Pengklonan Memori.

Keluarga Nanoha[sunting | sunting sumber]

Takamachi Shiro
  • Takamachi Shiro (Jepun: 高町 士郎, Hepburn: Takamachi Shiro)
Suara Latar : Kazuya Ichijou
Takamachi Shiro ialah ayah kepada Takamachi Nanoha dan merupakan ketua kepada keluarga Takamachi. Shiro mempunyai bakat dalam ilmu sihir dan dalam Triangle Heart, Shiro dikatakan amat berbakat dalam menguasainya. Oleh itu, anak bongsunya, Nanoha turut mewarisi bakatnya dengan sebagai Master kepada Raging Heart. Shiro berkahwin dengan Takamachi Momoko dan menguruskan Kedai Kek Midoriya di Bandar Uminari. Ketika mempunyai masa lapang, Shiro akan turut serta dalam mengajar permainan bola sepak.
Takamachi Momoko
  • Takamachi Momoko (Jepun: 高町 桃子, Hepburn: Takamachi Momoko)
Suara Latar : Erika Amano
Takamachi Momoko merupakan ibu kepada Takamachi Nanoha. Momoko berkahwin dengan Takamachi Shiro dan bekerja di Kedai Kek Midoriya. Momoko juga muncul dalam siri anime Triangle Heart. Momoko merupakan antara orang yang amat Nanoha percayai. Nanoha memberitahu Momoko mengenai pengembaraannya di kapal Asura. Momoko kemudiannya tahu mengenai penglibatan Nanoha dengan Jabatan Angkasa Bureau di akhir musim kedua.
Takamachi Kyouka
  • Takamachi Kyouka (Jepun: 高町 恭也, Hepburn: Takamachi Kyouka)
Suara Latar : Hikaru Midorikawa
Takamachi Kyouka ialah abang kepada Takamachi Nanoha dan Takamachi Miyuki. Dalam siri anime ini, Kyouka hanya memainkan peranan yang kecil, berbanding kemunculannya dalam Triangle Heart iaitu sebagai anak sulung keturunan Takamachi yang mewarisi seni pedang Keluarga Fuwa. Kyouka digambarkan sebagai seorang yang kacak. Kyouka menaruh perasaan terhadap kakak Suzuka Tsukimura iaitu Shinobu Tsukimura. Kyouka sering berkunjung ke rumah Shinobu bersama dengan Nanoha.
Takamachi Miyuki
  • Takamachi Miyuki (Jepun: 高町 美由希, Hepburn: Takamachi Miyuki)
Suara Latar : Ryoko Shiraishi
Takamachi Miyuki ialah seorang gadis yang aktif dan ceria. Miyuki gemar berlatih kendo bersama sama dengan abangnya, Takamachi Kyouka. Seperti Kyouka, Miyuki juga muncul dalam Triangle Heart. Dalam anime ini, Miyuki digambarkan sebagai wanita yang hanya tahu menahu tentang kendo. Miyuki juga amat menyukai Yuno Scrya dalam form feret.

Sahabat Nanoha[sunting | sunting sumber]

Alisa Bannings
  • Alisa Bannings (Jepun: アリサ・バニングス, Hepburn: Arisa Banningasu)
Suara Latar : Rie Kugimiya
Alisa Bannings ialah salah seorang sahabat karib Takamachi Nanoha sejak kecil lagi. Alisa juga bersahabat baik dengan Suzuka Tsukimura biarpun Alisa pernah membuli Suzuka. Alisa seorang gadis yang ceria dan melepaskan apa sahaja yang terpendam di hatinya melalui kata kata, membuatkan orang menjadi marah kadangkala mencadi lucu. Alisa begitu meminati anjing. Alisa juga merawat Arf Testarossa apabila Arf cedera dibelasah oleh Precia Testarossa. Ibu bapa Alisa merupakan tokoh korporat yang berjaya dan Alisa lah bakal mewarisi perniagaan keluarganya. Namun begitu, Alisa tidak sombong dan berkawan dengan semua orang.
Suzuka Tsukimura
  • Suzuka Tsukimura (Jepun: 月村 すずか, Hepburn: Tsukimura Suzuka)
Suara Latar : Ai Shimizu
Suzuka merupakan sahabat kepada Takamachi Nanoha dan Alisa Bannings. Suzuka mempunyai seorang kakak iaitu Shinobu Tsukimura. Berbanding dengan Alisa, Suzuka ialah peminat kucing dan Suzuka lebih pendiam daripada Alisa. Suzuka juga berkawan rapat dengan Yagami Hayate. Mereka bertemu secara tidak sengaja di perpustakaan awam dan Suzuka lah yang menolong Hayate mengambilkan buku di rak rak buku yang tinggi. Suzuka mempunya 2 orang pembantu rumah iaitu Noel dan Farin.
Shinobu Tsukimura
  • Shinobu Tsukimura (Jepun: 月村 忍, Hepburn: Tsukimura Shinobu)
Suara Latar : Miyu Matsuki
Shinobu merupakan kakak kepada Suzuka Tsukimura. Shinobu menaruh perasaan terhadap Takamachi Kyouka. Shinobu turut muncul dalam Triangle Heart sebagai Vampire yang menaruh perasaan terdap Kyouka. Shinobu mempunyai personaliti yang sama seperti adiknya, Suzuka iaitu seorang yang pendiam dan lemah lembut.
Noel K. Ehrlichkeit
  • Noel K. Ehrlichkeit (Jepun: ノエル・K・エーアリヒカイト, Hepburn: Noeru K Ēarihikaito)
Suara Latar : Hyo-sei
Noel merupakan ketua pembantu rumah keluarga Tsukimura. Noel ialah kakak kepada Farin K. Ehrlichkeit Noel digambarkan sebagai seorang pembantu rumah yang cool. Dalam siri anime ini, Noel muncul sebagai manusia biasa, berbeza dalam Triangle Heart Noel memainkan watak sebagai mesin yang diprogramkan ataupun dikenali sebagai robot.
Farin K. Ehrlichkeit
  • Farin K. Ehrlichkeit (Jepun: ファリン・K・エーアリヒカイト, Hepburn: Farin K Ēarihikaito)
Suara Latar : Asuka Tanii
Farin ialah adik kepada Noel K. Ehrlichkeit. Farin bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Tsukimura. Farin menjadi pembantu peribadi kepada Suzuka Tsukimura. Wajah Farin seiras dengan kakaknya, dan yang dapat membezakan mereka ialah Farin berambut panjang, manakala Noel berambut pendek. Farin mempunyai mata yang bulat dan bersinar. Berbanding kakaknya, Farin kelihatan lebih lemah lembut dan bersopan santun. Kakaknya pula lebih tegas dan melaksanakan tugasnya dengan dedikasi

Latar Tempat[sunting | sunting sumber]

Bandar Uminari[sunting | sunting sumber]

Bandar Uminari dari pandangan udara
  • Bandar Uminari ataupun dalam bahasa Inggeris, Uminari City.
Bandar Uminari terletak dalam dimensi Bumi. Di sini lah watak utama iaitu Takamachi Nanoha dan ahli sihir yang terpilih lain, Gill Graham, dan Yagami Hayate berasal. Mereka ialah manusia tulen yang dikurniakan intelligent device @ senjata untuk bekerjasama dengan Jabatan Angkasa Bureau dalam Kapal Asura. Di Bandar Uminari juga terdapat Sekolah Rendah dan Sekolah Tinggi Seishou yang menjadi tempat pembelajaran bagi Nanoha, Fate testarossa, Yagami Hayate, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Di bandar ini juga terletaknya Kedai Kek Midoriya. Dalam musim kedua, Yagami Hayate turut menetap di Hospital Bandar Uminari.

Kedai Kek Midoriya[sunting | sunting sumber]

  • Kedai Kek Midoriya ataupun dalam bahasa Inggeris, Midoriya Cake Bakery.
Kedai Kek Midoriya terletak dalam Bandar Uminari Dimensi Bumi. Kedai kek ini berhampiran dengan stesen kereta api. Ianya milik keluarga Takamachi. Mereka yang menguruskannya ialah Takamachi Momoko dan suaminya, Takamachi Shiro. Nanoha gemar membawa rakan rakannya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura untuk makan kek di kedai ini.

Jabatan Angkasa Bureau[sunting | sunting sumber]

Jabatan Angkasa Bureau
  • Bandar Uminari ataupun dalam bahasa Inggeris, Time Space Administration Bureau
Jabatan Angkasa Bureau terletak jauh di atas angkasa sana. Mereka bergerak dengan menggunakan Kapal Asura seperti yang tertera di dalam gambar. Mereka mempunyai organisasi yang tersusun. Tujuan mereka ditubuhkan ialah untuk memerangi kes kes jenayah angkasa. Dalam musim ini, ketua Jabatan Angkasa Bureau ialah Gill Graham yang dibantu oleh Lindy Harlaown, Chrono Harlaown dan Amy Lamietta.

Taman Waktu[sunting | sunting sumber]

Taman Waktu
  • Taman Waktu ataupun dalam bahasa Inggeris, Garden Of Time
Taman Waktu ialah sebuah kediaman milik keluarga Testarossa. Taman Waktu tidak boleh dijejaki dalam peta kerana ianya terlindung dan terletak di antara dua dimensi. Di Taman Waktu ini juga terletaknya Gunung Mid Childa dan Mountain Cat. Pada awalnya, Taman Waktu kelihatan indah, dengan tumbuhan menghijau. Setelah kematian Alecia Testarossa, ibunya, Precia Testarossa menjadi gila dan Taman Waktu mula berubah. Taman Waktu berubah menjadi suatu tempat yang menakutkan dan kelihatan seperti asteroid. Akhirnya Taman Waktu musnah di akhir musim ini dan hilang tanpa dijejaki.

Al Hazard[sunting | sunting sumber]

  • Al Hazard ataupun dalam bahasa Melayu, Kota Larangan @ Merbahaya
Al Hazard seringkali disebut dalam siri musim ini. Al Hazard ialah satu satunya tempat yang ingin ditujui oleh Precia Testarossa untuk membangkitkan kembali anaknya yang telah meninggal, Alecia Testarossa. Jewel Seed @ Lost Logia dikatakan perlu dikumpul untuk menuju ke dimensi ini. Al Hazard telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Angkasa Bureau kerana tempat ini ialah tempat untuk mempelajari seni ilmu larangan. Al Hazard ialah sebuah tempat lagenda dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya.

Istilah Bahasa Asing[sunting | sunting sumber]

Lost Logia[sunting | sunting sumber]

  • Lost Logia ataupun dalam bahasa Melayu, Khazanah Logia yang Hilang
Lost Logia ialah item yang mempunyai kuasa magis yang tinggi dalam dunia Magical Girl Lyrical Nanoha. Lost Logia ialah legasi ataupun khazanah yang ditinggalkan oleh Ancient Belka @ Kerajaan Kuno Ancient Belka yang telah lama runtuh dan hilang dan generasinya digantikan oleh Kerajaan Mid Childa. Lost Logia amat berbahaya sekiranya jatuh ke tangan orang yang berniat jahat. Oleh sebab itu Jabatan Angkasa Bureau berusaha untuk mengumpul kembali semua jenis Lost Logia. Contoh bagi Lost Logia ialah Jewel Seed, Buku Kezaliman, Relic, The Saint Cradle dan Bible Of Silver Cross.

Jewel Seed[sunting | sunting sumber]

Jewel Seed
  • Jewel Seed (Jepun: ジュエルシード, Hepburn: Juerushīdo)
Jewel Seed banyak disebut di musim pertama ini. Ianya ialah sebahagian daripada Lost Logia. Jikalau menyebut Lost Logia, semestinya ia ialah artifak kuno yang mempunyai kuasa besar. Jewel Seed menjadi rebutan bagi Fate testarossa dan Takamachi Nanoha. Yuno yang berada di pihak Nanoha ingin mengumpulkannya untuk tujuan penyelidikan, manakala Precia Testarossa pula mengumpulkannya bagi tujan diri sendiri untuk menuju ke Al Hazard. Kadangkala perkataan Jewel Seed digantikan dengan perkataan Lost Logia.

Familiar[sunting | sunting sumber]

Senarai Familiar
Arf dan Yuno
Familiar disebut daripada siri musim pertama lagi. Familiar ialah ciptaan magical oleh seorang Mage yang mengambil form binatang. Seorang mage perlu memisahkan jiwa binatang tersebut dengan menggunakan Mana yang mereka ada dengan membentuk satu form manusia yang lain. Setelah itu, satu perjanjian akan ditandatangani antara Master dan Familiar. Kebanyakan Familiar amat menyayangi tuannya dan sanggup berkorban nyawa demi Tuan mereka. Dalam sistem Guardian Knight, Familar dikenali sebagai Guardian Beast. Contoh familiar ialah Arf Testarossa, Linith Testarossa, Yuno Scrya, Aria, Lotte dan Zafira.

Mid Childa[sunting | sunting sumber]

Apabila disebut mengenai Mid Childa, ianya terbahagi kepada dua maksud iaitu nama tempat dan juga sistem kuasa
  • Lokasi Mid Childa (Jepun: ミッドチルダ, Hepburn: Middochiruda)
Jikalau melihat daripada nama tempat, Mid Childa ialah tempat yang terletak di tengah tengah dimensi. Mid Childa terbentuk apabila runtuhnya Kerajaan Kuno Ancient Belka yang hilang. Kawasan Mid Childa merangkumi pelbagai dimensi lain, contohnya Al Hazard, Garden Of Time, dan Lokasi Jabatan Bureau. Segala yang berkaitan dengan dimensi Bumi itu bukanlah Mid Childa. Contohnya Bandar Uminari dan Kedai Kek Midoriya. Mid Childa digambarkan sebagai tempat yang mempunyai teknologi yang tinggi di mana kebanyakan rutin harian penduduknya menggunakan mesin.
Sistem Mid Childa
  • Sistem Kuasa Mid Childa (Jepun: ミッドチルダ式, Hepburn: Middochiruda Shiki)
Sistem Mid Childa ialah salah satu sistem kuasa dalam dunia Takamachi Nanoha. Kesemuanya terdapat tiga jenis kuasa iaitu Mid Childa, Ancient Belka dan Modern Belka. Sistem Mid Childa lebih menjurus kepada penembakan dan serangan bom. Contoh mereka yang menggunakan sistem ini ialah Nanoha, Fate testarossa, Precia Testarossa dan Teana Lanster.

Mage[sunting | sunting sumber]

  • Mage ataupun dalam bahasa Melayu ialah ahli sihir
Kebanyakan filem anime amat menekankan aspek sihir, ataupun magical. Orang yang berpengetahuan dan mengamalkan sihir ialah seorang Mage.

Mana[sunting | sunting sumber]

  • Mana魔力 (Jepun: Maryoku)
Mana ialah tenaga sihir yang kuat, yang hanya ada pada seorang Mage, ataupun seorang Master kepada Servant. Contohnya Fate/stay night yang begitu menuntut seorang Master mempunyai sebanyak Mana yang mungkin untuk Servant nya.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Lagu Lagu Tema Magical Girl Lyrical Nanoha
Tajuk Gubahan Lirik Artis Tarikh Keluaran Single Jenis
Innocent Starter
(episod 1-13)
Tsutomu Oohira Nana Mizuki Nana Mizuki 6 Oktober 2004 Lagu pembukaan
Take A Shot
(episod 11)
Yabuki Toshirou Yabuki Toshirou Nana Mizuki 8 Disember 2004 Lagu semasa perlawanan
Little Wish
(episod 1-13)
Oota Masamoto Shiina Karen Tamura Yukari 21 Oktober 2004 Lagu penutupan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana Magical Girl Lyrical Nanoha ini dirujuk daripada laman Wikia Magical Girl Lyrical Nanoha dan juga tontonan langsung daripada ntv7 di Malaysia serta di laman sesawang animeseason.com Diarkibkan 2012-01-19 di Wayback Machine. Terdapat juga manga siri ini di laman sesawang MangaFox.com.