Magika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Magika
Magika2010.jpg
Magika
Pengarah Edry KRU[1]
Penerbit Yusry Abdul Halim
Norman Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Pengarang Edry Abdul Halim
Pengisah Edry Abdul Halim
Lakonan Fimie Don
Mawi
Diana Danielle
Ziana Zain
Ning Baizura
Maya Karin
M. Nasir[2]
Muzik Mohd Mohsin
Sinematografi Azlan Taharuddin
Pengedar KRU Films
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Magika merupakan sebuah filem muzikal fantasi Malaysia arahan sulung[3] Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.

Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta[4] ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010[5][6], sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.[7]

Jalan cerita tamat di sini.

Pelakon & watak[sunting | sunting sumber]

Barisan Pelakon dalam filem Magika

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan percubaan sulung Edry Abdul Halim, yang bongsu daripada tiga adik-beradik KRU, selaku sutradara filem, walaupun beliau berpengalaman sebagai pengarah pementasan sebelum ini.[3] Proses penggambaran awal filem Magika dijalankan mulai Februari 2008 hingga Januari 2009.[8]

Adalah diwar-warkan bahawa filem ini bertujuan untuk memastikan kesegaran dan kelestarian cerita rakyat tradisional Melayu di depan mata generasi Malaysia semasa. Kata Edry kepada pihak akhbar pada malam tayangan amal, "Bagi saya, Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga".[9]

Memandangkan ini filem muzikal, Edry turut mencipta empat belas lagu baru khas untuk filem ini untuk dinyanyikan oleh para pelakon sendiri, tanpa bantuan penyanyi profesional.[10]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan julung kali Magika berupa majlis tayangan amal bersama anak-anak yatim pada 10 Februari 2010, disusuli tayangan diraja di Dewan Kapitol, Perlis pada 3 Julai, istimewa sempena ulang tahun kesepuluh pemerintahan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.[11] Filem ini akhirnya ditayangkan kepada umum di 56 buah pawagam di Malaysia[4] dan beberapa lagi pawagam di Brunei Darussalam pada 23 September 2010.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Pihak KRU meletakkan sasaran RM4 juta untuk Magika sepanjang tayangannya di pawagam.[12] Pada empat hari pertama tayangannya (23–26 September 2010), filem Magika dilaporkan mengutip RM 1.3 juta dari pawagam di Malaysia dan Brunei.[13] Di carta pawagam seluruh Malaysia, filem Magika menduduki tangga ketiga pada hujung minggu pertamanya.[14]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Pada tayangan amal pada bulan Februari, filem Magika dilaporkan mendapat sambutan hangat dari para hadirin akhbar. Antara yang membuat ulasan awal berdasarkan tayangan khas itu termasuk Nur Safina Othman untuk portal hiburan CinemaOnline dan Tupai, yang berani memberikan lima bintang kepada filem ini dengan ulasan berikut[15]:

Memanglah benar kebanyakan pelakon Magika adalah penyanyi yang hebat … Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya, terutama sekali Diana Danielle; Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan. Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi rasmi Magika diterbitan oleh KRU Records. Ia memuatkan empat belas buah lagu dan sebuah interlud yang dinyanyikan oleh pelakon-pelakon di dalam filem ini.[16]

OST Magika
Runut bunyi
Dikeluarkan pada 2010
Genre Runut bunyi
Syarikat KRU Records


No. Tajuk Penyanyi Masa
1. "Magika"   Maya Karin  
2. "Gebang"   Maya Karin  
3. "Baik Kau Pulang Segera"   Aznil Nawawi & Diana Danielle  
4. "Baik Kau Pulang Segera (Interlud)"   Raja Azura  
5. "Kehilangan"   Mawi & Diana Danielle  
6. "Asal Menjadi Cantik"   Ning Baizura  
7. "Rahsia Awet Muda"   Ziana Zain  
8. "Senyummu Lagi"   Mawi & Danielle  
9. "Siapa Lebih Berkuasa"   Mawi, Ziana Zain, Diana Danielle & Fimie Don  
10. "Kita Bersaudara"   KRU  
11. "Tidur Dahulu"   Diana Danielle, Fimie Don, Dato' Jalaluddin Hassan & Fauziah Ahmad Daud  
12. "Mana Nak Lari"   Ziana Zain, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Adibah Noor & Mohd Afiq Fikri  
13. "Naga Tasik Chini"   M. Nasir, Mawi, Diana Danielle & Fimie Don  
14. "Penyembuh Rindu"   Mawi & Diana Danielle  
15. "Selamat Tinggal Magika"   Barisan Pelakon Magika  


Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-23 Filem Terbaik Keseluruhan Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ziana Zain Pencalonan
Cerita Asal Terbaik Edry Abdul Halim Pencalonan
Sinematografi Terbaik Mohd Noor Mohd Kasim Pencalonan
Skor Muzik Asal Terbaik Edry Abdul Halim Menang
Penataan Seni Terbaik Johan Lucas/John Kajang Menang
Pereka Kostum/ Busana Terbaik Dee Hasnan Yaccob Menang
Penataan Bunyi Terbaik Edry Abdul Halim/Mohd Mohsin Othman/Amaludin Syukri Pencalonan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Fimie Don Menang
Pengarah Harapan Terbaik Edry Abdul Halim Menang
Lagu Tema Terbaik ``Penyembuh Rindu (Nyanyian: Mawi & Diana Danielle, Lagu/Lirik: Edry Abdul Halim) Menang
Poster Terbaik Pencalonan
Filem Komedi Terbaik Keseluruhan Pencalonan
Anugerah Skrin 2011 Filem Terbaik Keseluruhan Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Ziana Zain Pencalonan
Pengarah Terbaik Filem Edry Abdul Halim Pencalonan
Lakon Layar Terbaik Filem Amir Hafizi Pencalonan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Magika Sinema Malaysia
  2. http://anizyn.blogspot.com/2010/02/sinopsis-filem-magika-kru.html
  3. 3.0 3.1 Magis Sulung Edry, Kosmo!, 8 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  4. 4.0 4.1 TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  5. Magika was magical, CinemaOnline, 18 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  6. Ziana Zain Terlecur Kedua Belah Tangan, gua.com.my, 11 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  7. Magika (2010) Yahoo! Movies
  8. Mitos Melayu tarikan Magika, Utusan Online, 1 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  9. Magika Bukan Alice In Wonderland, Murai.com.my, 18 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  10. MAGIKA lebih baik daripada CICAK MAN?, Tupai, 19 Februari 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  11. MAGIKA Meriah di Perlis, Tupai, 7 Julai 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  12. Raih RM3 juta, Berita Harian, 8 Oktober 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  13. Magika tetap membanggakan, Berita Harian, 28 September 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  14. Week of 23 September 2010-29 September 2010, CinemaOnline. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  15. Ulasan MAGIKA, Nur Safina Othman, Tupai, 23 Mac 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2010.
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ost tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]