Mahalela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meriam agung di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand.

Mahalela (Jawi: مهاليلا) merupakan sebuah meriam pengepungan yang berasal daripada Patani di selatan Thailand. Mahalela merupakan meriam yang masyhur pernah dibina di Dunia Melayu, berukuran 5 hasta 1 jengkal dan diperbuat daripada loyang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebagai tindak balas berikutan sebaran khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Ratu Biru (1616-1624) yang penguasa pada waktu itu telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (林 道乾 Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan.[1] Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela; Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) cuba membebaskan diri daripada ancaman kerajaan Konbaung (yang telah mengalahkan kerajaan Siam di Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Kerajaan Rattanakosin yang pengganti pimpinan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku: Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Shukri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]