Maharaja Kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari




Yellow Emperor
Maharaja Kuning
Nama leluhur (姓): Gōngsūn (公孫)[1]
Nama diberi (名): Xuānyuán (軒轅)[1]
Salah seorang daripada Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja
Tarikh pemerintahan: 2696–2598 SM[2]
Tarikh adalah dalam kalendar Julian


Huangdi
Cina Tradisional:

黃帝

Cina Ringkas:

黄帝

Maksud harfiah: Maharaja Kuning

Maharaja Kuning atau Huangdi1 ialah seorang pemerintah dan wira budaya legenda Cina[3] yang tergolong di kalangan Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja.[4] Mengikut kisah turun-temurun, baginda memerintah pada tahun 2697–2597 SM[5] atau 2696–2598 SM.[2] Pendewaan baginda menyerlah pada akhir Zaman Negeri-Negeri Berperang dan awal zaman Dinasti Han, apabila baginda diceritakan sebagai pengasas sebuah negara berpusat, penaung seni esoterik, pemerintah kosmos, dan juga raja dunia ghaib. Maharaja Kuning juga dipercayai telah menyumbangkan pelbagai ciptaan dan inovasi,[6] dan juga dianggap sebagai pengasas tamadun Cina[7] serta leluhur kepada seluruh kaum Cina Huaxia.[8]

Asal-usul dan perkembangan mitos[sunting | sunting sumber]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Asal-usul legenda Huangdi itu kurang dipastikan, namun para ahli sejarah telah merumuskan beberapa hipotesis tentangnya. Yang Kuan (楊寬), seorang ahli Aliran Meragui Kepurbaan (1920-an–1940-an), berhujah bahawa Maharaja Kuning diterbitkan daripada Shangdi, iaitu dewa tertinggi yang dipuja ketika dinasti Shang.[9] Pandangan Yang ini berasaskan rantaian Shangdi 上帝 → Huang Shangdi 皇上帝 → Huangdi 皇帝 → Huangdi 黄帝, yang mana dia berhujah bahawa huang 黄 ("kuning") merupakan bentuk varian bagi huang 皇 ("agung") ataupun digunakan sebagai nama pantang bagi 皇 itu.[10]

Ahli sejarah Mark Edward Lewis bersetuju bahawa huang 黄 dan huang 皇 boleh ditukar ganti, tetapi tidak bersetuju dengan Yang dan berhujah bahawa huang yang bermaksud "kuning" wujud terlebih dahulu.[11] Berasaskan apa yang diakuinya sebagai "etimologi baharu" yang menyamakan huang 黄 dengan wang 尪 ("pawang bakar" dalam upacara membuat hujan Shang) yang serupa sebutannya, Lewis berhujah bahawa "Huang" dalam gelaran Maharaja Kuning ini mungkin bermaksud asal "pawang pembuat hujan" atau "upacara pembuatan hujan."[12] Dengan memetik versi akhir Zaman Negeri-Negeri Berperang dan awal zaman Han bagi mitos Huangdi, dia berhujah lagi bahawa tokoh Maharaja Kuning berasal daripada upacara pembuatan hujan yang mana Maharaja Kuning melambangkan kuasa hujan dan awan, sementara lawannya Chi You (atau Yandi) melambangkan api dan kemarau.[13]

Turut tidak setuju dengan hipotesis Yang Kuan, Sarah Allan mendapati adalah tidak mungkin mitos yang dikenali ramai seperti Maharaja Kuning menjelma daripada penggunaan aksara pantang.[14] Sebaliknya, dia berhujah bahawa "sejarah" pra-dinasti Shang, termasuk kisah Maharaja Kuning, "boleh difahami sebagai transformasi dan pensisteman lanjut bagi mitos Shang."[15] Pada pandangannya, Huangdi asalnya seorang "raja alam ghaib" yang tidak bernama (atau "Mata Air Kuning"), iaitu sama taraf dengan dewa angkasa dinasti Shang, iaitu Shangdi.[14] Ketika itu, para raja Shang mengaku bahawa para leluhur mereka yang dikaitkan dengan "[sepuluh] matahari, burung, timur, kehidupan, [dan] Tuhan Tertinggi" (iaitu Shangdi), pernah mengalahkan sebuah lagi kaum awal yang dikaitkan dengan "dunia ghaib, naga, barat."[16] Selepas kerajaan Shang diganti oleh Zhou pada abad ke-11 SM, para pemimpin Zhou menafsirkan semula mitos Shang, yang mana kerajaan Shang telah menumpaskan sebuah wangsa pemerintah sebenar yang dipanggil dinasti Xia.[16] Menjelang zaman Han – seperti yang tertera pada catatan Sima Qian dalam Shiji – Maharaja Kuning selaku raja dunia ghaib yang dikaitkan dengan kerajaan Xia, menjadi seorang raja bersejarah yang para pewarisnya dikatakan mengasas kerajaan Xia.[17]

Maharaja Kuning pada zaman pra-maharaja[sunting | sunting sumber]

Perihalan Maharaja Kuning mula tertera dalam naskhah-naskhah Cina pada zaman Negeri-Negeri Berperang. "Rujukan masih ada yang paling kuno" kepada Huangdi merupakan prasasti pada sebji bekas gangsa yang dibuat pada separuh pertama abad ke-4 SM oleh kerabat diraja negeri Qi.[18] Seperti yang ditunjukkan oleh Michael Puett, ini adalah salah satu rujukan kepada Maharaja Kuning pada abad ke-4 dan ke-3 SM dalam perihalan sejarah pembentukan negara.[19]

Unsur-unsur mitos Huangdi[sunting | sunting sumber]

Sebuah batu bersurat bertapak kura-kura di Shou Qiu yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Maharaja Kuning.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Menurut Huangfu Mi (215–282), Maharaja Kuning lahir di Shou Qiu ("Bukit Panjang Umur"),[20] yang kini terletak di pinggir bandar Qufu di Wilayah Shandong. Mula-mula, baginda tinggal bersama puaknya di rantau barat laut dekat Sungai Ji (yang dipercayai merupakan Sungai Fen di Shanxi[21]). Kemudian, baginda berhijrah ke Zhuolu yang kini dalam Wilayah Hebei,[22] di mana baginda menjadi seorang petani dan menjinakkan enam jenis binatang yang istimewa, iaitu beruang (), beruang perang (), () dan xiū () yang kemudiannya bergabung menjadi satu makhluk Pixiu, chū (), dan harimau ().[22] Oleh itu, Ye Shuxian mengaitkan Maharaja Kuning dengan legenda-legenda beruang yang diperdengarkan di kalangan kaum-kaum Asia timur laut dan juga legenda Dangun.[23]

Maharaja Kuning dan Maharaja Yan merupakan ketua-ketua bagi sebuah puak[22] ataupun segabungan dua puak[21] dekat Sungai Kuning, pada satu zaman yang disebut oleh buku sejarah China moden sebagai "masyarakat primitif."[22] Maharaja Yan berasal dari sebuah kawasan yang berlainan dekat Sungai Jiang (yang disangka sebagai Sungai Wei pada zaman sekarang).[21] Kedua-dua maharaja ini hidup pada zaman yang penuh dengan peperangan.[24] Setelah Maharaja Yan terbukti tidak dapat menenteramkan keadaan dalam wilayahnya, Maharaja Kuning berusaha mengukuhkan penguasaannya ke atas berbilang paksi yang saling berperang itu.[24]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Gambaran Maharaja Kuning pada makam dari pertengahan abad ke-2 M. Kata prasasti: "Maharaja Kuning mewujudkan dan mengubah pelbagai perkara; baginda mencipta senjata dan sistem sawah; baginda mencipta baju dan seluar, serta menubuhkan istana dan rumah."[25]

Menurut kisah Cina tradisional, Maharaja Kuning dikenang kerana meningkatkan mata pencarian para pemburu yang berpindah-randah dalam puaknya. Baginda mengajar mereka membina tempat berteduh, menjinakkan haiwan liar, dan bercucuk tanam.[26] Di samping itu, baginda juga dikatakan mencipta pedati, perahu dan pakaian.[26]


Antara ciptaan lain yang dipercayai daripada maharaja ini ialah mahkota (冠冕), balairung seri (宮室), galas busur, astronomi Cina, takwim Cina, ilmu hisab, peraturan muzik (音律),[27] dan cuju, iaitu suatu bentuk bola sepak yang purba.[28] Baginda juga dipercayai terlibat dalam penciptaan cetra guqin,[29] tetapi ada pihak lain yang menyebut Maharaja Yan sebagai pencipta bunyi-bunyian untuk lagu-lagu gubahan Ling Lun.[30]

Menurut catatan tradisional, Maharaja Kuning juga merangsang ahli sejarah Cangjie untuk mencipta sistem tulisan Cina yang pertama, iaitu tulisan tulang nujum,[26] sementara isteri utamanya Leizu mencipta penternakan ulat sutera dan mendidik rakyat jelata untuk menenun kain sutera dan mencelup warna pakaian.[26]

Di satu ketika dalam pemerintahan baginda, Maharaja Kuning dikatakan pernah berangkat ke Laut Timur dan bersemuka dengan makhluk yang boleh bertutur iaitu Bai Ze yang mengajar beliau pengetahuan tentang segala makhluk ghaib.[31][32] Makhluk ini menjelaskan kepada baginda bahawa terdapat 11,522 (atau 1,522) jenis makhluk ghaib.[31][32]

Ukiran Chi You, musuh ketat Maharaja Kuning di Pertempuran Zhuolu, pada makam dinasti Han.

Peperangan[sunting | sunting sumber]

Menurut kisah turun-temurun, Maharaja Yan berdepan dengan ancaman "Sembilan Li" (九黎) yang diketuai oleh Chi You yang berkepala gangsa[22] dan saudara-saudaranya yang bertanduk 81 dan bermata empat[8] lalu ditewaskan. Yan berlari ke Zhuolu untuk memohon Maharaja Kuning. Ini disusuli oleh Pertempuran Zhuolu, apabila Maharaja Kuning menggunakan mergastua jinaknya sementara Chi You menggelapkan langit dengan menghembuskan kabus yang sungguh tebal.[33] Oleh itu, baginda membangunkan Rata Tunjuk Selatan yang dipandunya untuk memimpin bala tenteranya keluar daripada kabus itu.[8][33] Kemudian, baginda menyeru puaka kemarau Nuba untuk memadamkan ribut yang dihasilkan oleh Chi You.[8][33] Kemudian, baginda menghapuskan puak Sembilan Li sebelum bermusuhan pula dengan Maharaja Yan lalu menewaskannya di kota Banquan[22] dan mengambil tempatnya sebagai pemerintah utama.[24]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Maharaja Kuning dipercayai telah hidup selama lebih seratus tahu sebelum bertemu dengan seekor burung cenderawasih dan seekor makhluk qilin dan akhirnya mangkat.[2] Dua buah makam dibina di Shaanxi di dalam perkarangan Makam Maharaja Kuning, di samping yang lain-lain di wilayah Henan, Hebei dan Gansu.[34]

Sesetengah Orang Cina zaman sekarang mengganggap diri mereka sebagai "Keturunan Yan dan Huang",[26] sementara kelompok minoriti bukan Han di China mungkin memiliki mitos tersendiri ataupun tidak dikira sebagai keturunan maharaja ini.[35]

Catatan[sunting | sunting sumber]

1 Juga dialih huruf sebagai Huang-ti dan Hwang-ti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Sima Qian, Catatan Ahli Sejarah Agung (Shiji 史記, ca. 100 SM), Bab 1,"Wudi benji" 五帝本紀 ("Rampai Karya Asas Lima Maharaja"); iFeng.com (diterima pada 2010-08-22). (Cina)
  2. 2.0 2.1 2.2 Herbert Allen Giles (1845–1935), A Chinese Biographical Dictionary (London: B. Quaritch, 1898), p. 338; cited inVeith 2002, halaman 5.
  3. "Huangdi". Encyclopædia Britannica. Diperoleh pada 24 July 2011. 
  4. Zhao & Qin 2002, halaman 142.
  5. "Yellow Emperor," inThe Columbia Encyclopedia, Sixth Edition (2008). Encyclopedia.com, retrieved on November 8, 2011.
  6. Ebrey 1996, halaman 10.
  7. Chang 1983, halaman 2
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 Wang 2005.
  9. Lewis 1990, halaman 314, note 116; Allan 1991, halaman 65;Puett 2001, halaman 97.
  10. Lewis 1990, halaman 314, note 116 (huang 黄 sbg varian); Allan 1991, halaman 65 (huang 黄 sbg aksara pantang). Pandangan Yang dikritik oleh Mitarai Masaru (Mitarai 1967) dan Michael Puett (Puett 2001, note 16). Lihart juga di bawah bagi pandangan berbeza Mark Edward Lewis dan Sarah Allan.
  11. Lewis 1990, halaman 314, note 116.
  12. Lewis 1990, halaman 194.
  13. Lewis 1990.
  14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Allan_1991_65 tidak disediakan
  15. Allan 1991, halaman 175. Allanlah yang menyatakan "sejarah" dalam tanda petikan.
  16. 16.0 16.1 Allan 1991, halaman 73.
  17. Allan 1991 ("In the Xia annals of the Shiji, the Xia ancestry is traced from Yu 禹 back to Huang Di, the Yellow Lord"), 73 ("the lord of the underworld and Yellow Springs and thus closely associated with the Xia"), dan 175 ("By the Han, their [the Xia] ancestor, the Yellow Emperor, originally the lord of the underworld, had been transformed into an historical figure who, with his descendant Zhuan Xu, ruled before Yao").
  18. LeBlanc 1985, halaman 53 (petikan); Seidel 1969, halaman 21 (yang memanggilnya "dokumen paling kuno tentang Huangdi" ["le plus ancient document sur Houang Ti"]);Jan 1981, halaman 118 (yang memanggil prasasti itu "sumber maujud yang terawal dan mudah ditentukan tarikhnya tentang pemujaan Maharaja Kuning" [the earliest existing and datable source of the Yellow Emperor cult] serta mengaku bahawa bekas itu berasal dari tahun 375–356 SM;Chang 2007, halaman 122 (yang menyatakan tarikh 356 SM); Puett 2001, halaman 112 ("first appearance in early Chinese literature is a passing reference in a bronze inscription, where he is mentioned as an ancestor of the patron of the vessel").
  19. Puett 2001, halaman 112.
  20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Nienhauser_1n6 tidak disediakan
  21. 21.0 21.1 21.2 Pulleybank 2000[rencana diperlukan].
  22. 22.0 22.1 22.2 22.3 22.4 22.5 Dai & Gong 2003, halaman 32.
  23. Ye 2007[rencana diperlukan].
  24. 24.0 24.1 24.2 Haw 2007.
  25. Birrell 1993, halaman 48.
  26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tonsi2 tidak disediakan
  27. Wang 1997, halaman 13.
  28. Liu Xiang (77–6 SM), Bielu 别录:"Adalah dikatakan bahawa cuju dicipta oleh Huangdi; juga didakwa bahawa ia timbul sewaktu zaman Negeri_negeri Berperang" (蹴鞠者,传言黄帝所作,或曰起戰國之時); dipetik dari Pustaka Han Akhir (abad ke-5), bab 34, ms. 1178 edisi piawai Zhonghua shuju. (Cina)
  29. Yin 2001.
  30. Huang 1989, vol. 2[rencana diperlukan].
  31. 31.0 31.1 iFeng.com,"The traitor Bai Ze" 背叛者白澤 (Cina); dari Xu 2008. Diterima pada 2010-09-04.
  32. 32.0 32.1 Ge 2005, halaman 474.
  33. 33.0 33.1 33.2 Big5.china.com.cn,"Peperangan hebat Huangdi ke atas Chi You, dan rata yang menunjuk ke selatan" 黃帝大戰蚩尤與指南車 (Cina). Diterima pada 2010-08-22.
  34. China.org.cn, "Mausoleums of the Yellow Emperor." Retrieved on 2010-08-29.
  35. Sautman 1997, halaman 83.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Allan, Sarah (1991), The Shape of the Turtle, Albany, NY: SUNY Press, ISBN 0-7914-0460-9 .
  • Birrell, Anne (1993), Chinese Mythology: An Introduction, Baltimore: Johns Hopkins University Press, ISBN 0-8018-4595-5 , 0-8018-6183-7.
  • Chang, K.C. [張光直] (1983), Art, Myth, and Ritual: The Path to Political Authority in Ancient China, Cambridge, MA: Harvard University Press, ISBN 0-674-04807-5 , 0-674-04808-3.
  • Chang, Chun-shu (2007), The Rise of the Chinese Empire, Volume 1: Nation, State, and Imperialism in Early China, ca. 1600 B.C.–A.D. 157, Ann Arbor: University of Michigan Press, ISBN 978-0-472-11533-4 .
  • Chow, Kai-wing (1997), "Imagining Boundaries of Blood: Zhang Binglin and the Invention of the Han 'Race' in Modern China", dalam Dikötter, Frank, The Construction of Racial Identities in China and Japan: Historical and Contemporary Perspectives, Honolulu: University of Hawai'i Press, ms. 34–52, ISBN 9622094430 .
  • Crompton, Louis (2003), Homosexuality and Civilization, Cambridge, MA: Harvard University Press, ISBN 978-0-674-02233-1 (pbk.) Check |isbn= value (bantuan) .
  • Dai, Yi 戴逸; Gong, Shuduo 龔書鐸 (eds.-in-chief) (2003), Zhongguo tongshi: xuesheng caitu ban 中國通史––學生彩圖版 ["General history of China: illustrated edition for students"], vol. 1, Shiqian, Xia, Shang, Xizhou 史前 夏 商 西周 ["Prehistory, Xia, Shang, and Western Zhou"], Revised Hong Kong edition, Hong Kong: Zhineng jiaoyu chubanshe 智能敎育出版社 ["Intelligence Press"] . (Cina)
  • Dikötter, Frank (1992), The Discourse of Race in Modern China, London: Hurst & Co., ISBN 1-85065-135-3 
  • Duara, Prasenjit (1995), Rescuing History from the Nation: Questioning Narratives of Modern China, Chicago and London: University of Chicago Press, ISBN 0-226-16721-6 (pbk.) Check |isbn= value (bantuan) 
  • Ebrey, Patricia Buckley (1996), The Cambridge Illustrated History of China, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 0521435196 .
  • Ge, Hong 洪葛 (2005), Gu Jiu 顧久, pengarang, Baopuzi neipian 抱朴子內篇, Taipei: Taiwan shufang chuban youxian gongsi 台灣書房出版有限公司, ISBN 9789867332462 , 9867332466. (Cina)
  • Haw, Stephen G. (2007), Beijing: A Concise History, London and New York: Routledge, ISBN 9780415399067 .
  • Hon, Tze-ki (2003), National Essence, National Learning, and Culture: Historical Writings in Guocui xuebao, Xueheng, and Guoxue jikan, Historiography East & West 1 (2): 242–86 .
  • Hon, Tze-ki (2010), From a Hierarchy in Time to a Hierarchy in Space: The Meanings of Sino-Babylonianism in Early Twentieth-Century China, Modern China 36 (2): 136–69 .
  • Huang, Dashou 黃大受 (1989), Zhongguo tongshi 中國通史 ["General history of China"], Wunan tushu chuban gufen youxian gongsi 五南圖書出版股份有限公司, ISBN 9789571100319 . (Cina)
  • Jan, Yün-hua (1981), The Change of Images: The Yellow Emperor in Ancient Chinese Literature, Journal of Oriental Studies 19 (2): 117–37 .
  • Kaske, Elizabeth (2008), The Politics of Language in Chinese Education, 1895–1919, Leiden: Brill, ISBN 9789004163676 .
  • Lach, Donald F.; van Kley, Edwin J. (1994), Asia in the Making of Europe, Volume III, A Century of Advance, Book Four, East Asia, Chicago: University of Chicago Press, ISBN 978-0226467344 .
  • LeBlanc, Charles (1985-1986), A Re-examination of the Myth of Huang-ti, Journal of Chinese Religions, 13–14: 45–63 .
  • Lewis, Mark Edward (1990), Sanctioned Violence in Early China, Albany, NY: SUNY Press, ISBN 0-7914-0076-X ; 0-7914-0077-8.
  • Lewis, Mark Edward (2009), "The mythology of early China", dalam John Lagerwey and Mark Kalinowski, Early Chinese Religion: Part One: Shang through Han, Leiden and Boston: Brill, ms. 543–594, ISBN 978-90-04-16835-0 .
  • Liu, Li (1999), Who were the ancestors? The origins of Chinese ancestral culture and racial myths, Antiquity 73 (281): 602–13 .
  • Mitarai, Masaru 御手洗 勝, Kōtei densetsu ni tsuite 黃帝伝説について ["About the legend of the Yellow Emperor"], Hiroshima daigaku bungaku kiyō 広島大学文学部紀要 ["Bulletin of the Literature Department of Hiroshima University"] 27: 33–59 .
  • Mungello, David E. (1989) [1985], Curious Land: Jesuit Accommodation and the Origins of Sinology, Honolulu: University of Hawai'i Press, ISBN 0-8248-1219-0 .
  • Nienhauser, William H., Jr., pengarang (1994), The Grand Scribe's Records, Volume 1: The Basic Annals of Pre-Han China, Bloomington & Indianapolis: Indiana University press, ISBN 0253340217 .
  • Puett, Michael (2001), The Ambivalence of Creation: Debates Concerning Innovation and Artifice in Early China, Stanford, CA: Stanford University Press, ISBN 0-8047-3623-5 .
  • Pulleybank, Edwin G. (2000), Ji 姬 and Jiang 姜: The Role of Exogamic Clans in the Organization of the Zhou Polity, Early China 25: 1–27 .
  • Sautman, Barry (1997), "Myths of Descent, Racial Nationalism and Ethnic Minorities in the People's Republic of China", dalam Dikötter, Frank, The Construction of Racial Identities in China and Japan: Historical and Contemporary Perspectives, Honolulu: University of Hawai'i Press, ms. 75–95, ISBN 9622094430 .
  • Seidel, Anna K. (1969), La divinisation de Lao Tseu dans le taoisme des Han ["The divinization of Laozi in Han-dynasty Taoism"], Paris: École française d'Extrême-Orient, ISBN 2855395534 .
  • Sterckx, Roel (2002), The Animal and the Daemon in Early China, Albany, NY: SUNY Press, ISBN 0-7914-5269-7 , 0-7914-5270-0.
  • Sun, Longji 孙隆基 (2000), Qingji minzu zhuyi yu Huangdi chongbai zhi faming 清季民族主义与黄帝崇拜之发明 [Qing-period nationalism and the invention of the worship of Huangdi], Lishi yanjiu 历史研究 2000 (3): 68–79 .
  • Tan, Zhong 譚中 (May 1, 2009), Cong Ma Yingjiu 'yaoji Huangdi ling' kan Zhongguo shengcun shizhi 從馬英九「遙祭黃帝陵」看中國生存實質, Haixia pinglun 海峽評論 221: 40–44 .
  • Veith, Ilza (translation and introductory study) (2002) [1955], The Yellow Emperor's Classic of Internal Medicine, With a New Foreword by Ken Rose, Berkeley and Los Angeles: University of California Press, ISBN 0-520-22936-3 .
  • Walters, Derek (2006), The Complete Guide to Chinese Astrology: The Most Comprehensive Study of the Subject Ever Published in the English Language, Watkins Publishing, ISBN 978-1-84293-111-0 .
  • Wang, Hengwei 王恒伟 (2005), Zhongguo lishi jiangtang 中国历史讲堂 ["Lectures on Chinese history"], Beijing: Zhonghua shuju 中华书局, ISBN 962-8885-24-3 . (Cina)
  • Wang, Zhongfu 王仲孚 (1997), Zhongguo wenhua shi中國文化史 ["Chinese cultural history"], Wunan tushu chuban gufen youxian gongsi 五南圖書出版股份有限公司, ISBN 9789571114279 , 9571114278. (Cina)
  • Wilkinson, Endymion (2000), Chinese History: A Manual. Revised and enlarged, Cambridge (MA) and London: Harvard University Asia Center, ISBN 0-674-00247-4 .
  • Windridge, Charles; Fong, Cheng Kam (2003) [1999], Tong Sing: The Chinese Book of Wisdom Based on the Ancient Chinese Almanac, Kyle Cathie Limited, ISBN 0-7607-4535-8 .
  • Wu, Kuo-cheng (1982), The Chinese Heritage, New York: Crown, ISBN 0-517-54475X .
  • Xu, Lai 徐来 (2008), Xiangxiang zhong de dongwu: shanggu shidai de qiyi niaoshou 想象中的动物:上古时代的奇异鸟兽 ["Imaginary animals: the strange bird-beasts of high antiquity"], Shanghai: Shanghai wenyi chubanshe 上海文艺出版社, ISBN 9787806858264 . (Cina)
  • Ye, Shuxian 叶舒宪 (2007), Xiong tuteng: Zhonghua zuxian shenhua tanyuan 熊图腾:中华祖先神话探源 ["The bear totem: the origins of the Chinese ancestral myth"], Shanghai: Shanghai wenyi chubanshe 上海文艺出版社, ISBN 9787806858264 . (Cina)
  • Yin, Wei 殷伟 (2001), Zhongguo qinshi yanyi 中国琴史演义 ["The romance of the history of the Chinese zither"], Yunnan renmin chubanshe 云南人民出版社 ["Yunnan People's Press"] . (Cina)
  • Zhao, Chunqing 赵春青; Qin, Wensheng 秦文生 (2002), Yuanshi shehui: Dongfang de shuguang 原始社会:东方的曙光 ["Primitive society: first light on the east"], volume 1 of Liu Wei 刘炜 (editor-in-chief), Zhonghua wenming chuanzhen 中華文明傳真 ["Portrait of Chinese civilization"], Shanghai: Shanghai cishu chubanshe 上海辞书出版社, ISBN 9620753143 . (Cina)