Maharaja Meiji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maharaja Meiji
明治天皇
Maharaja Jepun
Meiji Emperor.jpg
Pemerintahan 3 Februari 186730 Julai 1912
Pertabalan 3 Februari 1867
Pendahulu Maharaja Kōmei
Pengganti Maharaja Taishō
Pasangan Maharani Shōken
Anakanda Putera Raja Yoshihito
Puteri Masako
Puteri Fusako
Puteri Nobuko
Puteri Toshiko
Ayahanda Maharaja Kōmei
Bonda Nakayama Yoshiko

Maharaja Meiji (明治天皇 Meiji-tennō?) (3 November 185230 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito (睦仁?). Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia.

Garis masa peristiwa-peristiwa sepanjang riwayat dan pemerintahan Maharaja Meiji[sunting | sunting sumber]

Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:

  • Akhir 1860-an1881: Zaman pemberontakan dan pembunuhan di Jepun.
  • 1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maharaja Meiji
Tarikh lahir: 3 November 1852 Tarikh kemangkatan: 30 Julai 1912
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Kōmei
Maharaja Jepun
3 Februari 186730 Julai, 1912
Diikuti oleh:
Maharaja Taishō