Maharatu Rafidah Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maharatu Rafidah Mohamad merupakan nama pena seorang penulis, Rafidah Binti Mohamad, kelahiran Sandakan pada tahun 1984 dan kini menetap di Wilayah Persekutuan Labuan sejak tahun 1992.[1] Beliau anak keenam daripada lapan orang adik-beradik dan anak kepada Mohamad Hj Abdul Rahman, seorang anggota Polis Diraja Malaysia dan Kusnah @ Maskunah Mustapa. Beliau mendapat pendidikan awal di Sabah dan berpindah pendidikan ke Wilayah Persekutuan Labuan serta mendapat Ijazah Sarjana Kepujian dalam bidang Ekonomi Kewangan Antarabangsa.

Beliau kini menjadi seorang penulis yang bernaung di bawah Eyeroom editor & publisher sejak tahun 2011. Beliau kini telah menghasilkan tujuh buah i-Novel yang diterbitkan sejak tahun 2011 iaitu Ratu Dewana, Kau, Kau Kupilih, Cinta Blueberry, Heaven, Malaikat Dunia dan yang terbaharu Magik Cinta.

Beliau juga adalah seorang penulis di Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan, PERWILA[2] dan telah menerbitkan sebuah Buku Antologi Cerpen Komedi yang bertajuk Antologi Cerpen ....Aarrgghh, Kantoinya Aku ! pada tahun 2011. Beliau juga turut menghasilkan dua buah Audiobook terbitan Eyeroom editor & publisher, Malaikat Dunia AudioBook dan i-Puisi AudioBook Ramadhan Yang Dicintai yang diterbitkan pada tahun 2014. Kini beliau turut memiliki E-buku terbitan KarnaDya Solution Sdn Bhd, Pahlawan Istana Permata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]