Mahkamah Agung Republik Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lambang Mahkamah Agung Republik Indonesia

Mahkamah Agung Republik Indonesia ialah mahkamah tertinggi di Indonesia. Ketuanya pada saat ini adalah Muhammad Syarifuddin.

Tugas dan bidang kuasa[sunting | sunting sumber]

Peranan peradilan[sunting | sunting sumber]

  1. Sebagai mahkamah negara yang tertinggi, Mahkamah Agung merupakan mahkamah rayuan yang bertugas untuk memastikan keseragaman dalam penerapan undang-undang melalui keputusan rayuan dan kajian semula agar semua undang-undang di seluruh wilayah negara diterapkan secara adil, tepat, dan benar.
  2. Mahkamah Agung mempunyai bidang kuasa untuk membuat pemeriksaan dan keputusan pada peringkat pertama dan terakhir terhadap:
    • semua persengketaan tentang bidang kuasa mahkamah;
    • permohonan kajian semula keputusan mahkamah yang telah memperoleh kekuatan undang-undang tetap;
    • semua persengketaan yang timbul kerana perampasan kapal asing dan muatannya oleh kapal perang Republik Indonesia, berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.
  3. Amat berkait dengan peranan peradilan ialah hak untuk menguji dan menilai semula peraturan perundangan apabila sesuatu peraturan bercanggah dengan peraturan yang berperingkat lebih tinggi.

Peranan pengawasan[sunting | sunting sumber]

  1. Mahkamah Agung melakukan pengawasan tertinggi terhadap jalannya peradilan di semua lingkungan peradilannya dengan tujuan bahawa peradilan yang dilakukan oleh mahkamah-mahkamah diselenggarakan dengan saksama dan wajar, berdasarkan peradilan yang sederhana, cepat dan biaya ringan, tanpa mengurangkan kebebasan hakim dalam memeriksa dan memutuskan perkara.
  2. Mahkamah Agung juga melakukan pengawasan terhadap:
    • kerja mahkamah, tingkah laku para hakim, dan perbuatan kakitangan mahkamah dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas utama kekuasaan kehakiman (iaitu dalam hal menerima, memeriksa, mengadili, dan menyelesaikan setiap perkara yang diajukan kepadanya), dan meminta keterangan tentang hal-hal yang berkenaan dengan teknik peradilan, serta juga memberi peringatan, teguran dan petunjuk yang diperlukan tanpa mengurangkan kebebasan hakim.
    • penasihat undang-undang dan notari tentang hal-hal yang berkenaan dengan peradilan.

Peranan mengatur[sunting | sunting sumber]

  1. Sebagai pelengkap untuk mengisi kekurangan atau kekosongan undang-undang yang diperlukan untuk kelancaran penyelenggaraan peradilan, Mahkamah Agung boleh mengatur dengan lebih lanjut hal-hal yang diperlukan demi memperlancarkan penyelenggaraan peradilan.
  2. Mahkamah Agung boleh membuat peraturan tatacara sendiri apabila dianggap perlu untuk mencukupi undang-undang tatacara yang sudah diatur.

Peranan penasihat[sunting | sunting sumber]

  1. Mahkamah Agung memberikan nasihat atau pertimbangan dalam bidang undang-undang kepada lembaga-lembaga tinggi yang lain di dalam negara. Ia juga memberikan nasihat kepada Presiden selaku Ketua Negara dalam rangka pemberian atau penolakan pengampunan. Selanjutnya, Pindaan Pertama Perlembagaan Republik Indonesia 1945 pada bulan Oktober 1999 memberikan Mahkamah Agung bidang kuasa untuk mempertimbangkan keputusan Presiden selaku Ketua Negara tentang pemberian pemulihan selain daripada pengampunan; namun demikian, masih tidak adanya sebarang peraturan perundangan untuk mengatur pelaksanaannya sehingga saat ini.
  2. Mahkamah Agung mempunyai bidang kuasa untuk meminta keterangan dan memberi petunjuk kepada mahkamah di semua lingkungan peradilannya dalam rangka pelaksanaan ketentuan Fasal 25 Undang-undang No.14 Tahun 1970 tentang Ketentuan-ketentuan Pokok Kekuasaan Kehakiman,.

Peranan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  1. Badan-badan Peradilan (Mahkamah Awam, Mahkamah Agama, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Pentadbiran Negara) dari segi organisasi, pentadbiran, dan kewangannya sehingga saat ini masih berada di bawah jabatan-jabatan yang berkenaan, walaupun menurut Fasal 11 (1) Undang-undang Nombor 35 Tahun 1999, peranan ini sudah dialihkan di bawah kekuasaan Mahkamah Agung.
  2. Mahkamah Agung mempunyai bidang kuasa untuk mengatur tugas serta tanggungjawab, struktur organisasi, dan tata kerja pejabat pendaftar mahkamah.

Peranan-peranan yang lain[sunting | sunting sumber]

Selain daripada tugas utamanya untuk menerima, memeriksa, mengadili, dan menyelesaikan setiap perkara yang diajukan kepadanya, Mahkamah Agung boleh juga diberikan tugas dan bidang kuasa yang lain, berdasarkan undang-undang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]