Mahmood Zuhdi Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato' Dr.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid

DJMK (Kelantan); AMN
Kelahiran(1945-06-12)12 Jun 1945
Meninggal dunia17 Jun 2023(2023-06-17) (umur 78)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PendidikanUniversiti Malaya
Universiti al-Azhar
Universiti Kent
Universiti Ain Shams
PekerjaanPengerusi Majlis Dakwah Negara

Prof. Emeritus Dato' Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abdul Majid (12 Jun 1945 – 17 Jun 2023) ialah seorang tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara sejak 2016 dan Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mahmood Zuhdi memegang beberapa kelayakan berkaitan Syariah dari dalam dan luar Malaysia. Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya, Nilam Puri, Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir; Sarjana Falsafah dari Universiti Kent dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Syams, Mesir[1].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dari 1995 hingga 2003. Dari tahun 1985 hingga 1990, beliau telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah UM. Bidang kepakaran beliau berkisar tiga serangkai, iaitu sejarah perundangan Islam, prinsip perundangan Islam dan pentadbiran undang-undang jenayah Islam[1]. Beliau juga menjadi pengerusi bagi beberapa Jawatankuasa Syariah di beberapa institusi seperti AIA AFG Takaful Berhad dan Public Islamic Bank Berhad[2].

Antara khidmat yang pernah beliau galas ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990 – 2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan (1990 – 2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006 – 2012), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (2004 – 2013), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2010 - 2016) dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012 - 2014)[3].

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Mahmood Zuhdi juga merupakan seorang penulis yang profilik menerbitkan banyak karya berkaitan syariah, termasuklah

  1. ‘Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam’ di Malaysia (1988),
  2. Undang-Undang Keluarga Islam: Konsep dan Perlaksanaannya di Malaysia (1992),
  3. Undang-undang Jenayah Islam: Konsep Dan Asas Perlaksanaannya (1992),
  4. Pengantar Undang-Undang Islam di Malaysia (1997),
  5. Dinamisme Pengajian Shariah (1997),
  6. Sejarah Pembinaan Hukum Islam (1998),
  7. Pentadbiran Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia (1999)
  8. Wakaf dan Perlaksanaannya di Malaysia (2000)
  9. Pentadbiran Zakat (2003),
  10. Pengurusan Zakat (2003)
  11. Ulama Penggugat Zaman (2004)[1].

Beliau turut mengarang sebuah biografi berbentuk novel 6 siri bertajuk "Mencari Identiti". Judul-judul berbentuk novel seperti berikut.

  1. Mencari Identiti: Budak Surau
  2. Mencari Identiti: Budak Nilam Puri
  3. Mencari Identiti; Bertandang ke Bumi Firaun
  4. Mencari Identiti: Perjuangan Tanpa Noktah
  5. Musafir Kota Haramain
  6. Biografi Agung: Imam Syafi'i

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - (1979)
  •  Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (1996)
  • Universiti Malaysia, Akademi Pengajian Islam
    • Professor Emeritus (2011)[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid". As-salihin. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ "Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi bin Hj Abdul Majid". Islamic Markets. Dicapai pada 16 November 2021.
  3. ^ Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2018). Islam: Politik dan Perpaduan Ummah. Siri Syarahan Perdana PUM. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.
  4. ^ "UM Convocation". umconvo.um.edu.my. Dicapai pada 2024-03-05.