Perajurit (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Perajurit)
Majalah Perajurit
Majalah Perajurit keluaran bulan November 2006.[1]
Kategori Ketenteraan
Penerbit Syed Hussain Publications Sdn Bhd
Diterbitkan pada 1993-2022
Harga senaskah RM 12.70[2]

RM13.80 ( Sabah dan Sarawak )

Jumlah edaran > 20,000 naskah sebulan


Majalah Perajurit merupakan sebuah majalah berunsur ketenteraan dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan Syed Hussain Publications Sdn. Bhd. Ia merupakan sebuah majalah khusus tentang maklumat semasa berkaitan pertahanan, keselamatan dan teknologi pertahanan. Majalah ini diterbitkan pada sebelum atau minggu pertama setiap bulan. Jumlah edaran semasa majalah ini sama ada melalui langganan tetap atau jualan di pasaran melebihi 20,000 naskah. Majalah ini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Majalah Perajurit edisi cetak telah ditamatkan penerbitannya pada Mac 2022 namun begitu para pembaca boleh melayari laman web Perajurit iaitu https://perajurit.com/ untuk mengetahui isu-isu semasa pertahanan dan keselamatan.

Wartawan[sunting | sunting sumber]

Majalah Perajurit melahirkan bakat-bakat yang terdiri daripada penggemar dunia pertahanan dan individu mempunyai pengetahuan pertahanan mahupun ketenteraman awam seperti polis.

  • Hilmi Ismail
  • Pritam Singh
  • Amat H.A
  • Zaki Salleh
  • Muhammad Fuad Noor
  • Nor Azman Mahat
  • Kapt/Mejar (B) Hanafi Yunus (Pegawai Perhubungan Raya Tentera Darat & Bapa kepada pelakon Taufiq Hanafi)
  • Lt Kol (B) Suleiman Kutty (Pemerhati untuk Misi PBB di Sahara Barat)
  • Koperal Muhammad Ridzuan Abdul Aziz (Jabatan Logistik IPK Johor)
  • Razza Willi (penulis jemputan dari Sibu, Sarawak dan juga anak saudara kepada mendiang ACP Lawrence Cawangan Khas IPK Sarawak)
  • Hamzah Haji Dollah (pesara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Koresponden Bahagian Utara)
  • Mej (U) Abdul Rahim (pesara Tentera Udara Diraja Malaysia), Allahyarham)
  • Fakarul Naim Bin Mohammad Fadzli
  • Murshid Al Hafiz
  • Rafe Rahmat (Pengasas Kelab Sejarah Militer dan bekas blogger)

Penulis mingguan

  • Lt Komander (B) Saiful Anwar (bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia)
  • Hairil Anuar Mohd Akil (penulis buku Malaya 1941,Allahyarham)
  • Danny Liew

Nota:Hilmi Ismail adalah perintis dalam Majalah itu pada 1993 dan antara paling termuda berusia 20 tahun, manakala Fakarul Naim penulis pertahanan dari kalangan Orang Kelainan Upaya Autisme dan hanya menyumbang enam artikel dari 2020/22.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kredit kepada SHP Sdn Bhd
  2. ^ Harga di Semenanjung Malaysia pada Jun 2015

Pautan[sunting | sunting sumber]