Majalah Tempur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majalah Tempur
Tempur jun 2007.jpg
Majalah Tempur keluaran bulan Jun 2007.[1]
Kategori Ketenteraan
Penerbit Rias Suasana Sdn Bhd
Diterbitkan pada April 2002
Harga senaskah RM 15.00[2]

Tempur merupakan sebuah majalah dwi-bahasa yang diterbitkan di Malaysia. Ia mengkhusus di dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau. Skop majalah TEMPUR merangkumi pelbagai isu dari sistem persenjataan, industri pertahanan, sejarah peperangan dan konflik, isu pertahanan semasa, laporan aktiviti serta perolehan ATM dan sebagainya.

Secara umumnya majalah ini ditulis dalam Bahasa Melayu, walaubagaimanapun beberapa artikelnya ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan sebuah majalah khusus tentang kelengkapan, strategi, teknologi dan maklumat ketenteraan dan diterbitkan secara bulanan.

Majalah Tempur mula diterbitkan pada April 2002, pasukan penyunting TEMPUR merangkumi wartawan pertahanan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang tersebut. Keunikan TEMPUR ialah ia mampu memberikan pelbagai maklumat terperinci mengenai sesuatu isu yang berkaitan dengan pertahananan dan persenjataan yang sukar diperolehi didapati pada mana-mana penerbitan tempatan lain.

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. Kredit kepada Tempur
  2. Harga di Semenanjung Malaysia pada 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]