Ujang (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Ujang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulit majalah Ujang, sebagai hiasan sahaja.

Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun telah berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

Dengan tagline, Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi.Kini, UJANG berada di bawah MOY setelah kartunis UJANG di tipu oleh Mohd Osman Yusof(MOY) dengan mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya.Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.

Watak cereka sebelum Pak Cik Din[sunting | sunting sumber]

Watak ini dikenali sebagai "Din Beramboi" mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"[1], dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad atau kini lebih dikenali dengan gelaran Din Beramboi yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.[2] Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.[3]

Penerimaan watak Din Beramboi[sunting | sunting sumber]

Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujang, dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut.[2] Nama Din Beramboi ciptaan Ujang ini juga dijulang dengan terbitan kaset lawak sendiri, iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban.[2] Kerana watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.

Pengakiran watak Din Beramboi[sunting | sunting sumber]

Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Din Beramboi penghibur serba boleh". Utusan Malaysia. 14 Disember 2006. Diperolehi pada 21 Semptember 2014. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Din Beramboi, The JonJenin Site (blog), 12 Jun 2008. Dicapai pada 2 April 2010.
  3. Din Beramboi di Gila-Gila!, Jibam, 11 April 2007. Dicapai pada 2 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]