Majalah Warta Konsumer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulit Majalah Warta Konsumer.

Isi kandungan

[sunting] Maklumat Penerbitan

[sunting] *PENDAHULUAN

Majalah Warta Konsumer diterbitkan sebagai satu langkah sokongan untuk membantu usaha kerajaan Malaysia membudayakan serta memartabatkan hak-hak pengguna. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menyedarkan kepada umum mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna di samping memberi maklumat terkini mengenai isu-isu pengguna dan aktiviti perdagangan di peringkat domestik khasnya. Semoga dengan penerbitan yang disediakan akan dapat membantu pengguna meningkatkan ilmu pengetahuan.


[sunting] *SASARAN PEMBACA

Semua golongan pembaca yang memang terlibat terus sebagai pengguna pelbagai produk dan perkhidmatan seperti golongan professional, pemimpin masyarakat, guru, pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa, kakitangan kerajaan, awam dan masyarakat pengguna.yang tidak mengenal usia.


[sunting] *OBJEKTIF PENERBITAN

Antara objektif penerbitan

  1. Mengetengahkan pelbagai isu kepenggunaan kepada masyarakat.
  2. Memaklumkan pengguna tentang dasar, akta, berita dan maklumat yang baru dari kementerian berkaitan.
  3. Memberi penekanan terhadap tanggungjawab kerajaan untuk melindungi pengguna di Malaysia.
  4. Meningkatkan kesedaran awam yang lebih positif terhadap pelbagai isu kepenggunaan.
  5. Mewujudkan kefahaman dan kerjasama antara kepenggunaan di kalangan rakyat untuk mencapai Wawasan 2020.


[sunting] *JUMLAH PENGEDARAN

Bagi memenuhi perubahan citarasa dan keperluan membaca maklumat kepenggunaan, sebanyak 30,000 naskah bagi setiap terbitan akan diedarkan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Warta Konsumer akan diedarkan melalui, sekolah-sekolah, perpustakaan-perpustakaan, pusat khidmat wakil rakyat, jabatan-jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan kedai-kedai buku terpilih. Jumlah penerbitan ini akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

[sunting] Laman web Majalah Warta Konsumer (WK)

http://wartakonsumer.com.my/

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan