Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
مجليس اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1 Februari 1974; 50 tahun yang lalu (1974-02-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Belanjawan tahunanMYR 21,000,000 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.maiwp.gov.my

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Tulisan Jawi: ; singkatan: MAIWP) ialah sebuah badan berkanun di Malaysia. MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP juga bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhannya bertujuan membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung dengan hal ehwal agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 31 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-

“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:

“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”

MAIWP secara keseluruhan mengawasi kutipan dan pengagihan zakat, pembangunan masjid/surau, sekolah-sekolah agama, pembangunan tanah wakaf dan pesaka yang terletak hak kepada MAIWP, pengurusan nikah/cerai dan rujuk dan masalah kekeluargaan, penguatkuasaan undang-undang dan pembangunan sosial masyarakat Islam.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah.
  2. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.
  3. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam.
  4. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

Visi[sunting | sunting sumber]

Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah

Misi[sunting | sunting sumber]

Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh

Slogan[sunting | sunting sumber]

Memacu Kegemilangan Ummah

Strategi[sunting | sunting sumber]

  1. Menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  2. Menyediakan kemudahan tempat-tempat beribadat secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  3. Meluas, meninggikan mutu perkhidmatan dan kebajikan agama.
  4. Memperluaskan kegiatan dakwah termasuk membantu dan memandu kegiatan badan-badan dakwah.
  5. Memperbanyak dan memajukan tanah-tanah wakaf.
  6. Mempertingkatkan kegiatan kutipan zakat.
  7. Menguatkuasakan segala aspek undang-undang pentadbiran agama Islam.
  8. Mempertingkatkan kegiatan ekonomi dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pelaburan.

Perkhidmatan yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

  1. Pengurusan Zakat
  2. Institusi Pendidikan
    • Darul Hannan
    • Tadika-tadika Islam
    • Institut Kemahiran Baitulmal
    • Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) Kuala Lumpur
    • Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) Labuan
    • Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
    • Pondok Moden Al-A'baqirah
    • Maalim Sunan Li Dirasti Hadis
    • Darul Ilmi
  3. Institusi Perlindungan
    • Darul Kifayah
    • Dar Assaadah
  4. Pengurusan Wakaf dan Sumber Am
    • Wakaf
    • Luqatah
    • Kaffarah
    • Fidyah
    • Wang Tidak Patuh Syariah
    • Nazar
  5. Pembangunan & Pelaburan
  6. Kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan
    • Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang
    • Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia MAIWP-Hospital Putrajaya
    • Kedai Rakyat MAIWP
    • Rumah Prihatin MAIWP-AADK

Pencapaian & Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  1. Menerima Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIWP daripada Jabatan Audit Negara 10 tahun berturut-turut sejak 2006
  2. Menerima penarafan tertinggi 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan 3 tahun berturut-turut dari tahun 2011 hingga 2013
  3. Dinobatkan Jabatan Paling Berinovatif Jabatan Perdana Menteri 2 tahun berturut-turut bagi tahun 2014 dan 2015
  4. Menerima Anugerah Gold Award di International Convention on Quality Control Circle 2016 di Bangkok, Thailand bagi 2 projek inovasi
  5. Menerima Anugerah Pembangunan Hartanah Wakaf Terbaik 2009 di kalangan Majlis- Majlis Agama Islam Negeri bagi pembangunan projek wakaf Imarah Wakaf MAIWP, Jalan Perak
  6. Penerima Anugerah Institusi Agihan Zakat Terbaik 2012 Sempena Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2012

Bahagian / Unit[sunting | sunting sumber]

  1. Baitulmal
  2. Pembangunan Insan
  3. Pembangunan dan Pelaburan
  4. Khidmat Pengurusan
  5. Kewangan
  6. Teknologi Maklumat
  7. Audit Dalam
  8. Undang-Undang
  9. Integriti
  10. MAIWP Cawangan Labuan
  11. MAIWP Cawangan Putrajaya

Anak syarikat / Yayasan[sunting | sunting sumber]

  1. Pusat Pungutan Zakat -MAIWP
  2. Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan (PUSRAWI)
  3. Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  4. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS)
  5. MAIWP Dagang Sdn Bhd
  6. Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd
  7. Yayasan Taqwa

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]