Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan15 April 2003
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman
Laman sesawang
www.mbmb.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Melaka, Melaka. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Councillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).

MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan.

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHJT ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala bagi kawasan MBMB adalah 277 km persegi. Kawasan pentadbiran baru MBMB pula adalah sebanyak 30.86 km persegi.

Senarai Datuk Bandar Bandaraya Melaka[sunting | sunting sumber]

# Nama datuk bandar Penggal mula Penggal tamat
1 Zaini Md Nor[2] 15 April 2003 10 Februari 2008
2 Yusof Jantan[3][4] 11 Februari 2008 31 Disember 2010
3 Zainal Abu[5]
Penggal pertama
1 Januari 2011 31 Disember 2014
4 Zainal Hussin[6] 1 Januari 2015 31 Mei 2018
5 Azmi Hussain[7] 1 Jun 2018 31 Januari 2019
6 Mansor Sudin[8] 1 Februari 2019 31 Mac 2020
7 Zainal Abu[9]
Penggal kedua
1 April 2020 31 Januari 2023
8 Shadan Othman[10]
1 Februari 2023 Penyandang

Wakil Rakyat Bandar Raya Melaka[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ "Ucapan Datuk Bandar". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2005.
  3. ^ "New Malacca mayor sworn-in". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2022.
  4. ^ "Know Our Mayor". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2010.
  5. ^ "Know our Mayor". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2011.
  6. ^ "Kerajaan Melaka rombak ketua jabatan, agensi berkuatkuasa 1 Januari".
  7. ^ "Semua Projek MBMB dibeku".
  8. ^ "Mansor Sudin dilantik Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah baharu".
  9. ^ "Melaka Rombak Ketua Jabatan, agensi kerajaan".
  10. ^ https://www.mbmb.gov.my. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]