Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lambang MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 20 Jun 2006) merupakan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab mentadbir bandar raya Petaling Jaya. Majlis ini diketuai oleh datuk bandar Y.Bhg Datin Paduka Alinah binti Ahmad

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Petaling Jaya pada asalnya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur melalui Lembaga Bandaran Petaling Jaya.
  • Kemudian pada tahun 1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit.
  • Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran Petaling Jaya.
  • Pada 1 Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
  • Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]