Majlis Bandaraya Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Bandar Raya Shah Alam. Sebelum ini ia dikenali dengan nama "Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA)". Ia ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988, kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma MBSA".

Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MBSA. Ruang Wisma juga disewakan kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Maklumat ringkas[sunting | sunting sumber]

MBSA adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di bandaraya Shah Alam.

Lihat juga:[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]