Majlis Daerah Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majlis Daerah Kuala Lipis)
Logo Majlis Daerah Lipis

Majlis Daerah Lipis telah ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan Kuala Lipis atau ‘Kuala Lipis Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran Lipis sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Tertinggi Majlis Daerah Lipis diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan yang terkini ialah YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim dan dibantu oleh Seorang Setiausaha iaitu Encik Amir Syaffiq Bin Hamzah.

Terdapat 6 Jabatan Utama dan 4 Unit Kecil.

Slogan[sunting | sunting sumber]

Slogan Majlis Daerah Lipis ialah “Bersih” yang membawa maksud bersih dalam pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan.

”Organisasi Yang Bersih, Bandar Dan Persekitaran Yang Bersih, Masyarakat Yang Bersih”

Misi Dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi

Mewujudkan bandar dan persekitaran yang bersih, indah dan bercahaya serta pembangunan yang terancang di samping mengekalkan warisan sejarah.

  • Visi

Menjadikan Kuala Lipis sebuah bandar taman bersejarah yang maju, bersih, indah, bercahaya dan pusat pelancongan yang menarik.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Objektif Majlis Daerah Lipis ialah:-
  • Menjadikan Majlis Daerah Lipis sebuah organisasi yang cemerlang
  • Memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan bagi membentuk kakitangan yang proaktif dan produktif.
  • Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system).
  • Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti.
  • Mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan.
  • Menambahkan peluang-peluang perniagaan dan IKS.
  • Memastikan pembangunan terkawal dan terancang.
  • Menyediakan dan menambahbaikan kemudahan awam dan infrastruktur.
  • Memberikan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kepentingan kebersihan, mengamalkan nilai murni dan budaya hidup sihat.
  • Mengawal dan membanteras gejala tidak sihat dan tidak bermoral.
  • Memastikan aktiviti perniagaan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara kaum.
  • Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang.
  • Mempertingkatkan kesedaran kepada pembayar cukai.
  • Menekankan penggunaan ICT dengan lebih berkesan oleh semua pihak bagi meningkatkan produktiviti di samping mempercepatkan urusan dengan pelanggan.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Kami berjanji akan memberikan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu anda yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan pejabat ini
  • Memberikan perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkualiti serta layanan yang mesra
  • Memastikan semua projek-projek yang dilaksanakan adalah mengikut spesifikasi, selamat, bermutu dan menjimatkan
  • Menjamin akan menyelesaikan segala masalah secara tepat dan berkesan berlandaskan Akta 171, Akta 172, Akta 133, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, Arahan Perbendaharaan, Arahan Perkhidmatan dan Arahan Pekeliling

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Mengawal serta memastikan semua aktiviti perniagaan dilesenkan.
  • Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun dan terancang serta selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
  • Mengawalselia kerja-kerja pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar yang dijalankan oleh Alam *Flora Sendirian Berhad (AFSB) bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan sampah dijalankan dengan sempurna dan mengikut jadual serta tahap kebersihan bandar memuaskan.
  • Menyelenggara sistem saliran / perparitan supaya berada dalam keadaan sempurna agar tidak berlaku banjir kilat atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengannya.
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan infrastruktur perkampungan dan perumahan dalam kawasan Majlis.
  • Membina gerai / kedai bagi menggalakkan kegiatan ekonomi serta memenuhi permintaan meniaga kepada peniaga-peniaga kecil.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, dewan, taman permainan, perhentian bas dan sebagainya untuk keperluan penduduk setempat.
  • Menyediakan landskap-landskap yang menarik / tanaman bunga-bungaan dan pokok peneduh bagi mewujudkan pemandangan yang cantik , selesa dan menarik.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi kepada penduduk-penduduk tempatan dan pelancong

Mengawal sistem letak kereta di bandar Kuala Lipis

Jabatan dan Unit[sunting | sunting sumber]

Terdapat 6 jabatan iaitu :

  • Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Jabatan Perbendaharaan
  • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Jabatan Kejuruteraan
  • Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Landskap
  • Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pelesenan

Mempunyai 2 unit:

  • Unit Undang-Undang
  • Unit OSC (Unit Pusat Setempat)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]