Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atau Executive Council (EXCO) merupakan sebuah badan pentadbiran eksekutif Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihan raya dengan undian majoriti.

Pilihan raya umum 2013[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri telah berjaya dibentuk dengan undian majoriti mudah pada Pilihan raya umum 2013 pada 5 Mei 2013 dengan memenangi 31 Kerusi DUN daripada 59 yang dipertandingkan.

Menteri Besar sekarang ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir daripada parti UMNO, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada 7 Mei 2013 di depan Raja Pemangku Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, negeri Perak.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Barisan Exco Negeri[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (DUN Pangkor) - Menteri Besar merangkap
    Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.
  • Datuk Saarani Mohammad (DUN Kota Tampan) - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • Datuk Dr. Mah Hang Soon (DUN Chenderiang) - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu.
  • Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (DUN Kamunting) - Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.
  • Datuk Zainol Fadzi Paharudin (DUN Sungai Manik) - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.
  • Datuk Rusnah Kassim (DUN Behrang) - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.
  • Datuk Samsudin Abu Hassan (DUN Ayer Kuning) - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat Sivil.
  • Ustaz Mohd Nizar Zakaria (DUN Belanja) - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
  • Puan Nolee Ashilin Radzi (DUN Tualang Sekah) - Pengerusi Jawatankuasa Keseniaan, Pelancongan dan Kebudayaan.
  • Dr. Mohd Amin Zakaria (DUN Batu Kurau) - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
  • Datuk Shahrul Zaman Yahya (DUN Rungkup) - Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]