Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada pakatan pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) 15 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan 13 kerusi, dan Parti Islam Se-Malaysia 8 kerusi berjaya membentuk kerajaan setelah berjaya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Barisan Nasional menang hanya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penduduk negeri Selangor terdiri daripada 52.9% Melayu, 27.8% Cina 13.3% India dan lain-lain selebihnya 6%. Jumlah penduduk Selangor berjumlah 4,850,000 . Bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya mempunyai penduduk seramai 550,000. Bandar raya Shah Alam (500,000), Klang (995,000) dan Subang Jaya (400,000) .

Barisan Exco 2008 mencatat sejarah tersendiri apabila empat daripada 10 mereka adalah wanita iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta masing-masing seorang daripada DAP dan Pas. Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), enam daripada 10 Exco adalah Melayu dan hanya dua Exco wanita.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Ketua Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

Barisan Exco[sunting | sunting sumber]

  • Tan Sri Khalid Ibrahim (Ijok) - Exco Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia & Sukan.
  • Teresa Kok Suh Sim (Kinrara) - Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.
  • Dato' Dr. Hassan Mohd Ali (Gombak Setia) - Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.
  • Yaakob Sapari (Kota Anggerik)- Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan.
  • Rodziah Ismail (Batu Tiga) - Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi.
  • Dr. Xavier Jayakumar (Seri Andalas) - Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan & Kerajaan Prihatin.
  • Dr. Halimah Ali (Selat Klang) - Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi & Pembangunan Modal Insan.
  • Ir. Iskandar Abdul Samad (Chempaka) - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan.
  • Ronnie Liu Tian Khiew (Pandamaran) - Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan.
  • Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) - Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar.
  • Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) - Exco Pembangunan Kampung Baru & Penyelesaian Kilang Haram.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]