Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barisan Exco Negeri Sembilan 2008

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Barisan Nasional membentuk semula kerajaan setelah memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Majlis mengangkat sumpah sebagai anggota Exco kerajaan negeri di hadapan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman diadakan dalam satu upacara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Mac 2008.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Ketua Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

Barisan Exco[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (ADUN Rantau) - Exco Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah, Sumber Asli, Keselamatan, Penerangan, Agama Islam & Adat Istiadat Melayu.
  • Dato' Ismail Lasim (ADUN Senaling)- Exco Infrastruktur, Air, Tenaga & Telekomunikasi.
  • Dato' Ismail Talib (ADUN Linggi) - Exco Kesihatan, Sains, Teknologi & Inovasi.
  • Dato' Mohamad Razi Kail (ADUN Juasseh) - Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan & Warisan.
  • Dato' Yunus Rahmat (ADUN Klawang)- Exco Pertanian, Industri, Asas Tani, Pembangunan, Usahawan & Koperasi.
  • Dato' Shamsulkahar Mohd. Dali (ADUN Serting) - Exco Pelajaran & Pengajian Tinggi.
  • Dato' Abdul Samad Ibrahim (ADUN Seri Menanti) - Exco Pembangunan Modal Insan, Belia & Sukan.
  • Dato' Hasim Rusdi (ADUN Labu) - Exco Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna & Kemudahan Awam.
  • Dato' Zainab Nasir (ADUN Gemas) - Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesejahteraan Masyarakat.
  • Dato' Siow Shen Tin (ADUN Chennah) - Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Kampung Baru & Pengangkutan.
  • Dato' V.S Mogan (ADUN Jeram Padang) - Exco Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar & Pengaduan Awam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]