Majlis Musyawarah Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah sebahagian daripada siri
Sistem Ketatanegaraan
Republik Indonesia
National emblem of Indonesia Garuda Pancasila.svg

Perlembagaan Republik Indonesia 1945

Majlis Musyawarah Rakyat
Dewan Perwakilan Rakyat
Dewan Perwakilan Daerah

Presiden
Kementerian Negara
Sekretariat Negara
Sekretariat Kabinet
Dewan Pemerintah Bukan Jabatan
Kejaksaan
Badan Luar Struktur
Badan Bebas
Tentera Nasional Indonesia
Polis Negara RI
Perwakilan RI di Luar Negeri

Mahkamah Agung
Mahkamah Perlembagaan
Suruhanjaya Kehakiman

Badan Pemeriksa Kewangan

Lihat juga:
Pemerintahan Daerah
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah

Majlis Musyawarah Rakyat (id: Majelis Permusyawaratan Rakyat, disingkat: MPR) ialah sebuah lembaga negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang terdiri daripada anggota-anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD).

Jumlah anggota MPR pada masa ini ialah 678 orang yang terdiri daripada 550 anggota DPR dan 128 anggota DPD. Tempoh jawatan anggota DPR ialah 5 tahun dan berakhir apabila anggota-anggota DPR yang baru mengangkat sumpah. Ketua MPR yang terkini ialah Taufiq Kiemas.

Tugas dan bidang kuasa MPR[sunting | sunting sumber]

Tugas dan bidang kuasa MPR, antara lain, adalah seperti yang berikut:

  • Mengubah dan menetapkan Perlembagaan Dasar Republik Indonesia 1945 (UUD 1945), dan Undang-Undang Dasar
  • Melantik Presiden dan Timbalan Presiden, berdasarkan keputusan pilihan raya umum
  • Memutuskan cadangan DPR, berdasarkan keputusan (Mahkamah Perlembangan) untuk memberhentikan Presiden/Timbalan Presiden dalam tempoh jawatannya
  • Melantik Timbalan Presiden menjadi Presiden apabila Presiden meninggal dunia, berhenti, diberhentikan, atau tidak dapat melaksanakan kewajibannya dalam tempoh jawatannya
  • Memilih Timbalan Presiden daripada dua calon yang diajukan oleh Presiden apabila terdapat kekosongan jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh jawatannya
  • Memilih Presiden dan Timbalan Presiden apabila kedua-duanya berhenti secara bersamaan dalam tempoh jawatan mereka.

Anggota MPR memiliki hak untuk mengajukan cadangan perubahan fasal-fasal UUD, menentukan cara dan pilihan untuk membuat keputusan, serta juga hak kekebalan dan hak protokol.

Sidang MPR[sunting | sunting sumber]

MPR bersidang sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh lima tahun di ibu negara. Korum MPR adalah seperti yang berikut:

  • sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah anggota MPR untuk memutuskan cadangan DPR terhadap pemberhentian Presiden/Timbalan Presiden
  • sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah anggota MPR untuk mengubah dan menetapkan Perlembagaan
  • sekurang-kurangnya 50% + 1 daripada jumlah anggota MPR dalam sidang-sidang yang lain.

Keputusan MPR adalah sah apabila dipersetujui oleh:

  • sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah anggota MPR yang hadir untuk memutuskan cadangan DPR terhadap pemberhentian Presiden/Timbalan Presiden
  • sekurang-kurangnya 50%+1 daripada seluruh anggota MPR untuk memutuskan perkara-perkara yang lain.

Sebelum mengambil keputusan melalui undi yang terbanyak, mesyuarat harus diadakan lebih dahulu untuk mencapai persetujuan dan keputusan.

Alat MPR[sunting | sunting sumber]

Alat MPR terdiri daripada: Pimpinan, Jawatankuasa Ad Hoc, dan Badan Kehormatan.

Pimpinan MPR terdiri daripada seorang ketua dan 3 orang timbalan ketua yang mencerminkan unsur-unsur DPR dan DPD yang dipilih daripada dan oleh para anggota MPR dalam Perhimpunan Pleno MPR.

Pimpinan MPR yang terkini ialah:

Kedudukan MPR selepas Pindaan UUD 1945[sunting | sunting sumber]

Pindaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 1945) mempunyai implikasi yang meluas terhadap kedudukan, tugas, dan bidang kuasa MPR. MPR yang dahulunya berkedudukan sebagai lembaga yang tertinggi di negara, serta pemegang dan pelaksana kedaulatan rakyat yang mutlak, kini berkedudukan sebagai sebuah lembaga negara yang setaraf dengan lembaga-lembaga negara yang lain seperti Lembaga Kepresidenan, Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah, Badan Pemeriksa Kewangan, Mahkamah Agung, dan MK.

MPR juga tidak lagi memiliki bidang kuasa untuk menetapkan Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN) atau untuk mengeluarkan ketetapan, kecuali yang berkenaan dengan:

  • menetapkan Timbalan Presiden menjadi Presiden
  • memilih Timbalan Presiden apabila terjadi kekosongan Timbalan Presiden
  • memilih Presiden dan Timbalan Presiden apabila kedua-duanya meninggal dunia, berhenti, diberhentikan, atau tidak dapat melakukan kewajiban dalam tempoh jawatan mereka secara bersama-sama.

Hal ini membabitkan status Ketetapan Majlis Musyawarah Rakyat Sementara dan MPR yang telah dihasilkan antara tahun-tahun 1960 - 2002. Pada saat ini, ketetapan-ketetapan MPR tidak lagi merupakan sebahagian hierarki Peraturan Perundangan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]