Majlis Perbandaran Alor Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo MPAG

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah dengan :

  • Memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan secara am.
  • Menggalakkan penglibatan penduduk dan sektor swasta dalam program pembangunan Perbandaran.
  • Mengorientasikan Majlis Perbandaran Alor Gajah ke arah kecemerlangan melalui budaya kerja yang cemerlang.
  • Menguruskan sumber-sumber ekonomi dengan efisyen dan memastikan arah serta trend pembangunan selaras dengan matlamat negeri dan polisi-polisi negara.

Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Latarbelakang Daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.

Kini daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang mengikut banci penduduk bagi tahu 2000. Pekan Alor Gajah terletak 24km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Visi dan Objektif[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan MPAG unggul berteraskan teknologi dan nilai-nilai murni selaras dengan cabaran globalisasi dalam membentuk komuniti yang progresif

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menguruskan Majlis secara sistematik menepati aspirasi komuniti dan kerajaan
  • Menguruskan kewangan secara berhemah dan memastikan pulangan yang setimpal kepada komuniti
  • Menguatkuasakan undang-undang secara konsisten ke arah mewujudkan komuniti yang sejahtera
  • Menyediakan prasarana ICT yang kebolehpercayaan dan kebolehcapaian
  • Menerapkan semangat kekitaan dan perkongsian tanggungjawab di kalangan komuniti terhadap sistem percukaian perbandaran
  • Merancang pembangunan perbandaran dan pemeliharaan alam sekitar ke arah pembangunan lestari
  • Mengawal pembangunan secara efisyen dengan mengambil kira warisan senibina untuk menjamin keunikan, keselesaan dan keselamatan kepada komuniti
  • Memastikan perancangan, perlaksanaan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur melebihi ekspektasi komuniti
  • Menampilkan kawasan perbandaran dan komuniti sebagai model estatika dan sumber rujukan landskap bandar dalam taman
  • Menyediakan persekitaran bersih yang dapat melahirkan komuniti yang sihat dan produktif ke arah mempertingkatkan pencapaian sosio ekonomi
  • Mempromosikan Alor Gajah sebagai perbandaran maju pesona yang mesti dikunjungi kerana keindahan semulajadi, teknologi, rekreasi, warisan dan keikraman komuniti

Alamat[sunting | sunting sumber]


Majlis Perbandaran

Alor Gajah (MPAG)

Jalan Dato' Dol Said

78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

Tel: 606-5561010 / 2575

Fax: 606-5564909

Email:mpag@mpag.gov.my