Majlis Perbandaran Kulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Kulai
Logo Majlis Perbandaran Kulai


Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) (مجليس ڤربندرن كولاي, Kulai Municipal Council) adalah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menjaga daerah Kulai. Majlis ini dinaik taraf dari Majlis Daerah Kulai (MDK) pada tahun 2004.

Kerajaan tempatan ini merangkumi sembilan kawasan di daerah Kulai iaitu Kulai, Saleng, Senai, Seelong, Sengkang, Sedenak, Kelapa Sawit, Ayer Bemban dan Bukit Batu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, daerah kecil Kulai (sebahagian daripada Daerah Johor Bahru), kawasan yang terletak di Johor Bahru utara telah diasingkan daripada daerah Johor Bahru dan menjadi daerah kesembilan atau kesepuluh (daerah kecil Tangkak juga dinaik taraf kepada daerah Ledang dan kini dikenali sebagai daerah Tangkak) dalam Negeri Johor Darul Takzim. Daerah ini dinama Kulaijaya dan Pejabat Daerah Kulaijaya telah beroperasi sejak 1 Januari 2008. Kemudian dinamakan semula daerah Kulai.

Selepas tertubuhnya Daerah Kulai dan Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim mempunyai sejumlah sepuluh daerah di bawah pemerintahan Sultan Johor, DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]