Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) merupakan pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan hal ehwal pentadbiran daerah Pasir Gudang, selatan Johor. Majlis ini amat penting kerana di sini terletaknya pelabuhan penting di selatan Johor serta sebahagian Iskandar Malaysia. Imej Pasir Gudang perlu diurus rapi dan setanding dengan pentadbiran di sebelah seberang ialah pulau Singapura.

Banyak kemudahan asas telah dibina di Pasir Gudang agar pelabur tertarik dan yakin dengan pelabuhan yang dimajukan. Antaranya termasuklah Balai Polis Seri Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lebuhraya Pasir Gudang dan Stesen kuasa Sultan Iskandar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]