Majlis Perbandaran Subang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo MPSJ

Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling.

Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No:26, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]