Majlis Perbandaran Taiping
|
|
|
| Alamat |
Majlis Perbandaran Taiping, Wisma Perbandaran Taiping, Perak Darul Ridzuan. |
| Poskod |
34000 |
| Bandar | |
| Penubuhan | |
| Yang Dipertuan' |
Encik Omor Bin Saad, PCM., AMN., AMP |
| Telefon dan Faks |
Tel : 05-808 0777 |
| Emel |
mpt@mptaiping.gov.my{| class="wikitable" |
| Laman web | |
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah ditubuhkan pada 1 September 1979. Penubuhan majis perbandaran ini hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan dalam tahun 1976. Dengan gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan, majlis perbandaran ini mentadbir kawasan seluas 186.46 km.
[sunting] Garis Masa
Berikut adalah garis masa penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (MPT):
| Tahun | Catitan |
|---|---|
| 1874 | Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board) |
| 1930 | Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137 |
| 1956 | Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi) |
| 1 Julai, 1977 | Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi) |
| 1 September, 1979 | Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi) |
[sunting] Kawasan Dibawah Pentadbiran
Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :
- Mukim Bandar Taiping
- Mukim Batu Kurau
- Mukim Pengkalan Alor
- Mukim Kamunting
- Mukim Simpang
- Mukim Assam Kumbang
- Mukim Sungai Limau
- Mukim Jebong
- Mukim Bukit Gantang
- Mukim Tupai
- Mukim Trong
- Mukim Sungai Tinggi
111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal dan tidak tikenakan cukai taksiran tahunan.
[sunting] Pautan Luar
- Majlis Perbandaran Taiping , Laman portal Majlis Perbandaran Taiping
- Majlis Perbandaran Taiping, Nombor untuk dihubungi - Laman Rasmi Kerajaan Negeri Perak