Majlis Tertinggi UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan Majlis Tertinggi dalam carta organisasi UMNO

Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO. Sebarang keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka Majlis Tertinggi UMNO hendaklah melaksanakannya. Tugas dan tanggungjawab Majlis Tertinggi UMNO tertakluk kepada Fasa 9 dan Fasa 10 Perlembagaan UMNO. Tempat mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dipindahkan ke Menara Dato Onn, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Majlis tertinggi UMNO mestilah mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966. UMNO pernah diharamkan pada 1988 apabila beberapa bahagian/cawangan tidak berdaftar dibenarkan mengundi dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987.

Hierarki organisasi[sunting | sunting sumber]

Hierarki Majlis Tertinggi UMNO mengikut susunan berikut:

  1. Presiden UMNO
  2. Timbalan Presiden UMNO
  3. Naib Presiden UMNO (6 orang - termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO)
  4. Setiausaha Agung UMNO
  5. Bendahari UMNO
  6. Ketua Penerangan UMNO
  7. Ahli Majlis Tertinggi UMNO( 25 orang dipilih oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO)

Kuota pencalonan[sunting | sunting sumber]

Bagi mengelakkan terlalu ramai yang bertanding dalam UMNO dan tidak terkawal maka sistem kuota diperkenalkan dalam UMNO. Berikut ialah peratus pencalonan bahagian yang mesti diperolehi sebelum layak bertanding sesuatu jawatan. Jumlah bahagian UMNO yang terdapat di seluruh Malaysia ialah 191 bahagian.

  1. Presiden - 30 %
  2. Timbalan Presiden 20 %
  3. Naib Presiden - 10 %
  4. Ahli Majlis Tertinggi - 5 %

Isu-Isu[sunting | sunting sumber]

Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO[sunting | sunting sumber]

  • Pada hari Jumaat, 27 September 2008 , mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO dari 16 Disember 2008 ke Mac 2009. Penangguhan ini masih mengikut Perlembagaan parti UMNO.[1] Penundaan ini bagi melicinkan proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib Tun Razak. Mesyuarat Cawangan UMNO telah selesai.Mesyuarat Bahagian UMNO bermula pada 9 Mac 2008. [2] Penundaan ini bermakna calon-calon terpaksa berkempen selama 6 bulan ( Oktober hingga Mac).
  • Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO hendaklah dipertandingkan dalam Perhimpunan UMNO pada Mac 2008 nanti. Pada 25 September 2008, Datuk Mohd Shafie Apdal bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa harus ada pemilihan dalam parti UMNO sama ada jawatan tertinggi atau jawatan bawahan. Pemilihan 3 tahun sekali ini dapat memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti.
  • Pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO sepatutnya diadakan pada 2007 tetapi ditunda kepada 2008 bagi menstabilkan parti yang akan berhadapan dengan PRU 12. [3]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]