Majlis Ugama Islam Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merupakan sebuah pertubuhan yang berganding bahu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam usaha menangani arus perkembangan dan kemajuan agama Islam di Sabah.

MUIS bertanggungjawab dalam hal-hal menyampaikan ajaran Islam, memberikan pendidikan dan pengetahuan agama Islam, membina dan mentadbir bangunan masjid dan surau, perkahwinan orang-orang Islam, kemasukan agama Islam di seluruh Sabah kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama, jantina dan batas had umur.