Makam Diraja Langgar, Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papan tanda Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan yang menggunakan skrip Jawi khat.

Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dikebumikan kerabat diraja Kelantan.[1]

Kerabat Hayat (Masihi) Nota Rujukan
Long Yunus  ? - 1795 Nama baginda ialah Long Yunus bin Long Sulaiman dan dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. [2]
Almarhum Sultan Muhammad I 1741 - 1835 Nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera ke-6 Long Yunus. Baginda tidak mempunyai putera. [3]
Almarhum Sultan Muhammad II 1794 - 1886 Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. [3]
Almarhum Sultan Muhammad III 1845 - 1891 Nama asal baginda ialah Long Kundor dan merupakan putera sulung Sultan Ahmad dan ayahanda kepada Sultan Muhammad IV. [1]
Almarhum Long Tan Temenggong Aria Pahlawan  ? - 1835 Baginda merupakan adinda kepada Sultan Muhammad I, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad II. [3]
Almarhum Raja Bendahara Long Jenal  ? Baginda merupakan anakanda kepada Long Yunus, dan adinda kepada Sultan Muhammad I. Pernah menjadi Raja Kelantan dengan gelaran Yamtuan Kelantan selama 3 tahun sebelum melepaskannya kepada putera saudaranya, Long Senik Mulut Merah [1]
Almarhum Sultan Mansur  ? Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan putera Sultan Ahmad, dan adinda Sultan Muhammad III. [1]
Almarhumah Tengku To' - - [3]
Almarhum Tengku Zainal Abidin (Raja Dewa)  ? Beliau merupakan putera Sultan Muhammad III. Menjadi Raja Muda Kelantan semasa kekandanya Sultan Muhammad IV. Melepaskan jawatan Raja Muda kepada Tengku Sri Indra Mahkota Ismail (Sultan Ismail I) yang merupakan anak saudaranya. Bersebelahan dengan maqam Tengku Zainal Abidin ialah maqam puteranya iaitu Tengku Sri Maharaja Mohd Hamzah, bapa Tengku Razaleigh dan merupakan Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa melalui pilihanraya (1950-1955) [1]
Almarhum Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu 1926 - ? Tengku Abdul Rahid merupakan anakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yang berkahwin dengan Al-Marhum Tengku Petri Binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Kelantan. Tengku Abdul Rashid merupakan ayahanda kepada Tunku Fauziah, Raja Perempuan Perlis[4]

Isi kandungan

Galeri [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Sapiee (7 Julai 2011). Catatan blog
  2. Sapiee (6 Julai 2011). Catatan blog
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Sapiee (7 Julai 2011). Berdasarkan gambar makam
  4. http://syukury.blogspot.com/2011/11/iringan-diraja-tuanku-raja-perempuan.html

Bibliografi [sunting]

Pautan luar [sunting]