Makan Dengan Tangan Kiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Makan dengan tangan kiri bermaksud makan dengan menggunakan tangan kiri.

Hukum Makan Dengan Tangan Kiri[sunting | sunting sumber]

Ringkasnya, makan dengan tangan kiri ada dua hukum :

Pertama diharuskan jika seseorang tidak ada tangan kanan kerana yang dia ada hanya tangan kiri sahaja. Hujahnya : kalau dia tidak makan dengan tangan kiri kemudian dia nak makan dengan tangan mana kerana dia hanya ada satu tangan sahaja.

Hukum kedua : makruh, kerana tangan kanan dijadikan untuk sesuatu yang dimuliakan manakala tangan kiri untuk sesuatu yang tidak dimuliakan tetapi kedua-kedua tangan mulia di sisi Allah kalau seseorang memuliakannya dan hina disisi Allah kalau orang itu menghinakannya.

Dalil Makruh Makan Dengan Tangan Kiri[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa hadith yang melarang seseorang dari makan dengan menggunakan tangan kiri.

Pertama : Hadith yang diriwayatkan oleh At Termizi, dalam Kitab Makanan, dalam Bab Larangan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri, no hadith 1721 [1]:

‏ ‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يأكل أحدكم بشماله ولا يشرب بشماله فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

Maksud : bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalalam bersabda : jangan kamu makan dengan tangan kiri dan jangan kamu minum dengan tangan kiri maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

Kedua : oleh At Termizi juga, no hadith 1722 [2]:

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ‏

Maksud : bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalalam bersabda : apabila seseorang makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanan dan hendaklah dia minum dengan tangan kanan maka sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

Ketiga : Ibnu Majah, dalam Kitab Makanan, bab Makan Dengan Tangan Kanan, no hadith 3257 [3]:

‏أبي هريرة ‏ ‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏ليأكل أحدكم بيمينه وليشرب بيمينه وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله

Maksud :


[4]