Makanan rosak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Epal ini telah reput sehingga pada tahap ia tidak memiliki kualiti yang menarik pada manusia untuk di makan.

Kerosakan makanan ialah proses di mana produk makanan menjadi tidak sesuai untuk dimakan oleh pengguna seperti manusia. Punca proses sedemikian berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor sebagai kesan sampingan jenis produk itu, serta cara pembukusan dan penyimpanan produk. Disebabkan oleh kerosakan makanan, satu pertiga daripada makanan dunia yang dihasilkan untuk kegunaan manusia hilang setiap tahunnya.[1] Bakteria dan pelbagai kulat adalah punca kerosakan utama dan boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada pengguna, tetapi terdapat langkah pencegahan yang boleh diambil.

Punca[sunting | sunting sumber]

Bakteria[sunting | sunting sumber]

Bakteria bertanggungjawab merosakkan beberapa makanan. Apabila bakteria masuk ke dalam makanan, asid dan bahan buangan lain akan terhasil dalam proses tersebut.[2] Walaupun negitu, bakteria itu mungkin berbahaya atau tidak, bahan buangan mungkin tidak sesuai untuk dirasai atau mungkin berbahaya untuk kesihatan seseorang.[3] Terdapat dua jenis patogen bakteria yang menyasarkan kategori makanan yang berbeza. Jenis pertama dipanggil Clostridium botulinum, menyasarkan makanan seperti daging dan ayam, dan Bacillus cereus, yang menyasarkan susu dan krim. Apabila disimpan dalam keadaan yang tidak terkawal, organisma akan mula membiak dengan pantas, membebaskan toksin berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk, walaupun dimasak dengan menggunakan kaedah yang selamat.[4]

Tanda-tanda[sunting | sunting sumber]

Tanda-tanda kerosakan makanan termasuk rupa yang berbeza berbanding makanan yang dalam bentuk segar, seperti perubahan dalam warna, perubahan dalam tekstur, bau yang tidak menyenangkan, atau sesuatu rasa yang tidak diingini. Makanan boleh menjadi lebih lembut daripada biasa. Jika kulat berlaku, ia sering dilihat secara luaran pada barangan.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah makanan rosak adalah tidak berbahaya untuk makan, dan hanya berkurangan dari segi kualiti. Tetapi makanan yang menunjukkan sesetengah jenis kerosakan mungkin merbahaya untuk dimakan. Daging haiwan yang tidak dimasak atau kurang masak biasanya agak toksik, dan pengambilannya boleh menyebabkan penyakit yang serius atau kematian. Kesan-kesan toksik dari pengambilan makanan yang rosak dikenali secara tidak rasmi sebagai "keracunan makanan", dan lebih tepat lagi sebagai"penyakit bawaan makanan".[5]

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Beberapa kaedah pencegahan boleh digunakan, yang boleh sama ada mencegah, melewatkan, atau sebaliknya mengurangkan kerosakan makanan. Terdapat 11 kaedah mengawet makanan yang biasa digunakan iaitu:

Bahan pengawet boleh meningkatkan jangka hayat makanan dan boleh memanjangkan masa yang cukup lama untuk ia dituai, diproses, dijual, dan disimpan di rumah pengguna untuk tempoh masa yang munasabah.

Penyejukbekuan boleh meningkatkan jangka hayat makanan dan minuman tertentu, walaupun dengan kebanyakan barangan, ia tidak selama-lamanya mengekalkannya. Pembekuan boleh mengekalkan makanan lebih lama lagi, walaupun pembekuan mempunyai batasan.

Kelalang vakum berkualiti tinggi (termos) mampu menyimpan kopi, sup, dan lain-lain makanan mendidih-panas di atas zon bahaya (140F/58C) selama lebih 24 jam.

Makanan ditinkan boleh mengekalkan makanan untuk satu tempoh yang panjang, sama ada dalam tin di rumah atau secara komersial. Makanan tin adalah bungkusan vakum untuk memastikan oksigen di luar daripada tin, kehadirannya yang membolehkan bakteria untuk menguraikan makanan. Pengetinan turut memiliki hadnya, dan tidak memelihara makanan selama-lamanya. [12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Garcha, S (September 2018). "Control of food spoilage molds using lactobacillus bacteriocins". Journal of Pure and Applied Microbiology (dalam bahasa Inggeris). 12 (3): 1365–1373. doi:10.22207/JPAM.12.3.39.
  2. ^ Tull, Anita (1997), Food and nutrition (ed. 3), Oxford University Press, m/s. 154, ISBN 978-0-19-832766-0
  3. ^ Tricket, Jill (2001-07-15). The prevention of food poisoning. m/s. 8. ISBN 978-0-7487-5893-7.
  4. ^ "What is Food Spoilage? | FoodSafety.gov". www.foodsafety.gov (dalam bahasa Inggeris). 2016-03-08. Dicapai pada 2019-04-07.
  5. ^ Jeanroy, Amelia; Ward, Karen. Canning & Preserving for Dummies. m/s. 39.
  6. ^ Zaitie Satibi (16 Februari 2018). "Salai cara Texas". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  7. ^ "Historical Origins of Food Preservation." University of Georgia, National Center for Home Food Preservation. Dicapai pada 20 Jun 2011.
  8. ^ Bernama (20 April 2019). "UKM bangunkan sistem pengering mesra alam untuk produk pertanian, makanan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  9. ^ Perdue, R (2009), "Vacuum Packaging", dalam Yam, K L (penyunting), Encyclopedia of Packaging Technology, Wiley (diterbitkan 2010), ISBN 978-0-470-08704-6
  10. ^ Perdue, R (2009), "Vacuum Packaging", dalam Yam, K L (penyunting), Encyclopedia of Packaging Technology (dalam bahasa Inggeris), Wiley (diterbitkan 2010), ISBN 978-0-470-08704-6
  11. ^ Paine, F.A.; Paine, H.Y. (2012). A Handbook of Food Packaging. Springer US. m/s. 100. ISBN 978-1-4615-2810-4. Dicapai pada November 2, 2017.
  12. ^ Jeanroy, Amelia; Ward, Karen. Canning & Preserving for Dummies. m/s. 41.