Makemake (planet kerdil)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tanggapan pelukis mengenai gambaran Makemake oleh Ann Feild (Institut Sains Teleskop Angkasa)

Makemake (secara rasmi disebut sebagai (136472) Makemake) merupakan sebuah planet kerdil yang terletak di Lingkaran Kuiper. Planet ini telah dijumpai pada 31 Mac 2005 oleh sekumpulan ahli astronomi iaitu Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David Rabinowitz. Makemake telah diisytiharkan sebagai planet kerdil pada 11 Jun 2008. Diameter planet ini sekitar tiga per empat daripada diameter planet Pluto. Suhu planet ini sangat rendah iaitu kira kira 30°K. Makemake merupakan salah satu daripada Objek Trans-Neptun.

Nama[sunting | sunting sumber]

Planet ini diambil sempena nama tuhan tamadun purba yang tinggal di Pulau Easter. Pada asalnya, nama samaran bagi planet ini ialah 'Arnab Easter' (Easter Bunny) kerana dijumpai selepas hari perayaan Easter.