Makkah Metro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro
Umum
Jenis Elevated rail
Status Phase I open[1]
Lokasi Mecca
Terminal Resaifah
Arafat
Stesen 15
Perkhidmatan 5
Operasi
Dibuka 13 November 2010[1]
Stok kereta api Changchun Railway Vehicles
Teknikal
Panjang aliran 18.1 kilometers ([convert: unknown unit])
Bilangan landasan 4
Tolok landasan 1435 mm
Kelajuan operasi 100 km/h (62 mph)

Mecca Metro, atau rasminya 'Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro' adalah perkhidmatan kereta api sepanjang 18.1 kilometer di kota Mekah , Arab Saudi yang mula dibuka pada November 2010. Kereta api ini dikendalikan oleh China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) bagi memberi perkhidmatan pengangkutan melalui rel kepada jemaah haji antara Arafah ke [Mina]]. Sistem pengangkutan kereta api ini diperlukan untuk mengangkut 3 juta jemaah haji serentak .

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Makkah Metro adalah sistem pengangkutan jemaah haji antara tempat suci di Mekah, Arafah , Muzalifah dan Mina untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh bas dan kereta semasa Haji . Ia juga akan membawa jemaah melaksanakan ibadah Umrah sepanjang tahun. Sebaik sahaja selesai, kerajaan Arab Saudi menganggarkan 53.000 buah bas akan hilang dari jalan raya yang sesak.

Mekah Metro itu dibuka pada 13 November 2010 untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji antara 25 dan 29 November 2010 dan seterusnya.Kapasiti penumpang sekitar 35% dengan perlindungan kereta api automatik untuk membantu memandu manual.

Ketinggian landasan berbeza-beza di antara 8 meter dan 10 meter Ia direka bentuk untuk membawa sehingga 72.000 penumpang semasa Haji 2011.Kereta api ini menggunakan roda keluli konvensional kepada teknologi kereta api, ia kadang-kadang disebut sebagai ' monorail '.

Petugas sementara dari KTMB[sunting | sunting sumber]

Presiden Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan menyatakan bahawa Makkah Metro telah meminta KTMB menambah petugas dari 65 kepada 200 orang pada tahun 20011. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan opening tidak disediakan
  2. Musim haji: Makkah Metro tambah jumlah pekerja KTMB