Maktab Mahmud
|
Maktab Mahmud |
|
| Lokasi | Alor Star |
| Tahun ditubuhkan | Jun 1936 |
| Jenis sekolah | Sekolah harian |
| Guru Besar terkini | Ustaz Shafie Ismail |
| Nama rujukan | |
Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sini. Telah terdapat banyak cawangan Maktab Mahmud seantero Kedah. Lokasi utamanya di Alor Star, Kedah. Motonya ialah 'Al-Ilmu Nur'.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.
Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar) [1].
Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967. Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.
[sunting] Daftar Maktab Mahmud
- Maktab Mahmud Alor Star
- Maktab Mahmud Yan
- Maktab Mahmud Pendang
- Maktab Mahmud Langkawi
- Maktab Mahmud Padang Terap
- Maktab Mahmud Pokok Sena
- Maktab Mahmud Pendang
- Maktab Mahmud Sik
- Maktab Mahmud Merbok
- Maktab Mahmud Baling
- Maktab Mahmud Kuala Muda
- Maktab Mahmud Kulim
- Maktab Mahmud Bandar Baharu
- Maktab Mahmud Langgar
Maktab Alor Star, Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Langkawi merupakan sekolah agama negeri sejak awal penubuhan lagi berbanding Maktab Mahmud lain yang asalnya Sekolah Agama Rakyat dan tidak mahu memasuki kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
[sunting] Syarat kemasukan
[sunting] Syarat kemasukan bagi tingkatan 1
1)Warganegara Malaysia
2)Syarat Kemasukan:
- Maktab Mahmud Alor Star:
- Lulus minima 4A 1B (48 mata)dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri
- Maktab Mahmud Yan, Pokok Sena dan Pendang:
- Lulus minima 3A 2B (46 mata)dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri
- Bagi Maktab Mahmud Daerah yang lain
- Lulus minima 40 mata dalam peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri
- Catatan: Perkiraan mata adalah seperti berikut:
- A=10 mata, B= 8 mata, C= 6 mata dan D=4 mata.
3)Kelayakan masuk:
- Lulus Ujian Bertulis Maktab Mahmud
- Lulus dalam Ujian Membaca al-Quran
- Bergantung kepada kekosongan tempat belajar
[sunting] Syarat kemasukan bagi tingkatan 4
- Mendapat tawaran belajar daripada Lembaga Maahad Mahmud atau Kerajaan Negeri Kedah selepas keputusan PMR diumumkan.
- Mendapat sekurang-kurangnya 1A, lulus dlm bahasa Arab dan tiada E.(Maktab Mahmud Cawangan)
- Tiada sebarang tunggakan bayaran (asrama, PIBG, SPBT, tuisyen, koperasi dll)
- Tiada sebarang masalah disiplin
- Pelajar yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan
[sunting] Tokoh
| Nama | Jawatan/Pencapaian | Kumpulan |
|---|---|---|
| Datuk Zainuddin bin Maidin | Bekas Menteri Penerangan Malaysia | |
| Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman | Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah | |
| Brigadier Jeneral Jamil Khir Baharom | Menteri di Jabatan Perdana Menteri/Pengarah KAGAT ATM | |
| Datuk Dr. Ismail bin Ibrahim | Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Pemegang Amanah Universiti Ibn-Rusyd, Sepanyol | |
| Dato' Haji Fadzil Mohd Noor | Bekas Presiden PAS, Bekas Pengerusi GERAK | |
| Datuk Dr. Abdul Halim Ismail | Bekas Pengerusi Bank Islam | |
| Prof Datuk Dr Othman Ishak | Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan | |
| Datuk Dr. Mashitah Binti Ibrahim | Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri | |
| Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman | Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia | |
| Datuk Paduka Di Raja Syeikh Abdul Majid Md Noor | Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan | |
| Syeikh Niamat Yusof | Tokoh Maal Hijrah Kedah | |
| Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak | Menteri Besar Kedah | |
| Sheikh Roslan bin Hj Abdul Halim Al-Hafiz | Imam Besar Masjid Negeri Kedah Darul Aman (Masjid Zahir) | |
| Ustaz Wan Akashah Abdul Hamid & Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood | Pasangan pendakwah terkenal |
[sunting] Arkib berita
[sunting] Pautan luar
[sunting] Rujukan
- ↑ Dr. Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, Che Zuina Bt. Ismail, Norzaidi Bin Mohd Daud. (2006)Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam Di Malaysia. (pp.16,17), Konvensyen Wakaf 2006.