Maktab Polis Diraja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maktab Polis Diraja Malaysia terletak di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia telah ditubuhkan sejak 1999 hasil idea bekas Ketua Polis Negara , Tun Mohammed Hanif Omar.

Maktab ini gabungan 4 institusi latihan polis iaitu Maktab Polis Kuala Kubu Baru, Sekolah Latihan Cawangan Khas, Maktab Siasatan Jenayah dan Sekolah Trafik. Maktab ini berbeza dengan maktab polis dan sekolah polis yang lain yang menumpukan latihan kepada anggota polis berpangkat rendah.

Statusnya kini akan dipertingkatkan menjadi sebuah Universiti Polis . Cadangan telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman , Kuala Lumpur. Kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim telah diadakan .

Sejak ditubuhkan pada 30 November 2007, maktab ini telah menganjurkan 934 kursus yang dihadiri 34,240 pegawai dari pelbagai peringkat , tempatan dan antarabangsa.

Pelbagai kursus berkaitan dengan polis , undang -undang jenayah Malaysia dan antarabangsa telah dianjurkan di maktab ini. Antaranya Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa, Polis Negara Asean dan melatih polis negara luar seperti dari Bangladesh dan Timor Leste.

Maktab ini turut dihadiri oleh Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Lain-lain ialah Polis Diraja, Biro Narkotik, Jabatan Penjara Brunei dan juga Polis Republik Rakyat Indonesia.[1]
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan