Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°19′56″N 100°13′41″E / 5.33226°N 100.22819°E / 5.33226; 100.22819

Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
مكتب رنده ساءين س مارا باليق ڤولاو
Lokasi
Jalan Pondok Upeh
Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Balik Pulau
Jenis sekolahMRSM Premier
Ditubuhkan1984
StatusBeroperasi
PengetuaEn Ibrahim b Abdullah
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Noor Haziah binti Abdul Halin
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Fairuz bin Mokhtar
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Abdul Rahman bin Halim
Sistem pendidikanSPMRSM Program IB MYP
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganNurturing Future Global Leaders
Nama alumniANSARA Balik Pulau
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (singkatan: MRSM Balik Pulau) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.

Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim dinaiktaraf kepada Kolej MARA, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.

Dalam beberapa tahun awal kemasukan pelajar ke MRSM ini, mereka memasuki kuliah yang dipecahkan ke beberapa kategori seperti Sains, Sains Sosial, Bahasa dan Matematik di mana pelajar-pelajar berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain untuk belajar. Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.

Pada tahun 2015, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah dipilih sebagai salah sebuah MRSM aliran IB MYP (Middle Years Programme) oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

MRSM Balik Pulau telah diberikan nama "IB WORLD SCHOOL" pada tarikh 12 Jun 2018. Kini, MRSM Balik Pulau masih memegang motonya iaitu "Centre of Excellence, For the Gifted and Talented" dalam usaha menyediakan pelajarnya yang berdaya saing dan kompetetif

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Mohd Hussin Ibrahim 1984 1987
En. Faruk Senan bin Abdullah 1988 1989
Tn. Haji Abdul Ghani bin Jusoh 1990 1995
Tn. Haji Faruk Senan bin Abdullah 1996 2004
En. Saleh bin Osman 2005 2006
Tn. Haji Mohd Sabri bin Ali 2006 2011
Tn. Haji Abd Manab bin Abd Majid 2011 2012
Tn. Haji Khalil bin Abd Rahman 2012 2015
En. Abu Zaki bin Ahmad Affandi 2015 2019
Tn. Haji Mohd Khairul Anwar bin Dato' Hj. Shafie 2019 2022
En Mohd Ali b Mohd Yusof 2022 2023
En Ibrahim b Abdullah 2023

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]