Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 6°09′23″N 102°17′43″E / 6.15635°N 102.29535°E / 6.15635; 102.29535

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
مكتب رنده ساءين س مارا ڤڠكالن چيڤا
Lokasi
Jalan 14/44
Pengkalan Chepa, 16100, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Pengkalan Chepa
MRSM PC
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1973
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Hj. Ahmad Naszeri bin Salleh
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Nor Azlyana binti Aziz
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Shaiful Azhaar bin Abdul Aziz
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohamad Elias bin Shamsuddin
Sistem pendidikanSPMRSM Program Bitara/PKP
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganLook Ahead Go Beyond
Nama alumniANSARA Kota Bharu
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (singkatan: MRSM Pengkalan Chepa) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di bandar Pengkalan Chepa, dalam jajahan Kota Bharu di negeri Kelantan. Ianya terletak kira-kira 8.2 km dari bandar Kota Bharu dan 4.7 km daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Pengkalan Chepa (asalnya MRSM Kota Bharu) merupakan MRSM yang ke-2 ditubuhkan iaitu pada 1973 selepas penubuhan MRSM Seremban (Kolej Mara Seremban) pada 1971. Ia dirasmikan pada 12 Ogos 1975 oleh Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Luasnya 17 ekar.


Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pengambilan pelajar[sunting | sunting sumber]

Buat permulaan, seramai 149 pelajar diambil dan 20 kakitangan.

MRSM Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada 3 buah MRSM yang menjalankan program khusus Bitara/PKP, selain MRSM Taiping dan MRSM Tun Ghafar Baba . Kaedah pengambilan pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara:

  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  • Mendapat markah tertinggi dalam ujian kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM dan kementerian selepas PT3 di pusat-pusat tertentu
  • Aktif dalam bidang ko-kurikulum

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.

MRSM Bitara Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Januari.


Perangkaan pelajar[sunting | sunting sumber]

MRSM Bitara Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar pada satu-satu masa, iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. MRSM PC mampu untuk menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.

Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 15 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada sesuatu tahun. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar, berbanding kelas sekolah kementerian yang menampung sehingga 40 orang pelajar.

Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama dua tahun ataupun empat semester. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Keputusan bagi Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa MRSM PC merupakan antara maktab terbaik seluruh Malaysia apabila mendapat Gred Purata Maktab (GPM) 1.1911[1] pada tahun 2009 dan 0.83 pada tahun 2010 serta menjadi sekolah terbaik peringkat menengah di seluruh Malaysia.[2]

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]