Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba
Moto "Berdisiplin, Berilmu, Beramal"
Ditubuhkan 1981
Dirasmikan 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Musa Hitam
Jenis Maktab Berasrama Penuh
Pengetua Doktor Mariam binti Md Salleh
Lokasi Jalan Simpang Kerayong, Jasin, Melaka
Nama singkatan M.R.S.M.T.G.B / M.R.S.M.J
Laman web Laman MRSM Tun Ghafar Baba
Telefon (+6)06-5291443 / (+6)06-5291677
Faks (+6)06-5291915


Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba (singkatan: MRSM Tun Ghafar Baba; dahulu sebagai: MRSM Jasin) ialah sebuah maktab berasrama penuh yang menawarkan pendidikan yang bermutu dan berkualiti tinggi. MRSM Tun Ghafar Baba merupakan antara maktab yang termaktub di Malaysia dengan pencapaian SPM yang cemerlang setiap tahun. MRSM Tun Ghafar Baba sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi muda yang berjaya berdasarkan moto sekolah, iaitu "We Strive For Infinite Excellence".

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Pentadbiran MRSM Tun Ghafar Baba

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba ditubuhkan pada tahun 1981 dan terletak di daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah dijalankan pada 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam.

MRSM Tun Ghafar Baba mengalami proses pembesaran, dan pada tahun 1992, pengambilan masuk melebihi 1000 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Kini MRSM Tun Ghafar Baba mempunyai 2 buah Dewan Besar, Bangunan Pentadbiran, 4 Blok Asrama lelaki, 3 Blok Asrama Perempuan, 2 Buah Dewan Selera, 2 Blok Bangunan Akedamik, Makmal Komputer Pusat Sumber, Kolam Renang, 2 Blok Bangunan Makmal dan Kemudahan sukan seperti padang 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang bola keranjang, 3 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah gelanggang sepak takraw.

Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Setakat tahun 2006 (SPM 2005), MRSM Tun Ghafar Baba telah menghasilkan lebih kurang 8000 pelajar yang berjaya. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Lagu Rasmi Maktab[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Misi dan Visi Maktab[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

MRSM Tun Ghafar Baba berusaha menjadi peneraju kecemerlangan institusi pendidikan menengah yang berteraskan nilai saintifik, independen, kreatif, keusahawanan dan Patriotik dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
  • Menjayakan program pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang disasarkan.
  • Melahirkan pelajar yang berbakat, berketrampilan, berkepimpinan, berinisiatif, kreatif, inovatif dan dapat mengembangkan minat melalui aktiviti akademik serta kokurikulum.
  • Mengadakan program yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Objektif Maktab[sunting | sunting sumber]

  • Mempastikan semua dasar yang telah diputuskan pihak MARA dan BPL(M) dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Mempastikan 100% pelajar mendapat ‘A’ dalam semua subjek SPM setiap tahun.
  • Mempastikan indeks prestasi (GPS) 1.3 dan ke bawah dalam SPM setiap tahun.
  • Mempastikan tiada pelajar terlibat dalam kes disiplin sepanjang masa.
  • Mempastikan program pembangunan warga maktab melibatkan Badan MUAFAKAT dan komuniti setempat.
  • Mempastikan wujudnya prasarana yang sempurna mengikut piawai MARA dan dikawal selia secara berkala.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sepanjang masa.
  • Sentiasa mempastikan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat Maktab[sunting | sunting sumber]

Alamat Surat Menyurat[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba
Jalan Simpang Kerayong, 77000
Jasin, Melaka

No. Telefon / Faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. Telefon : (+6)06-5291443 / 1677
  • No. Faksimili : (+6)06-5291915

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat Emel : mrsmmj@mara.gov.my

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Fail:Pelan-Lokasi-MRSMTGB.jpg
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
  • Pelawat daripada Utara Semenanjung boleh masuk melalui Tol Air Keroh, Melaka dimana kedudukan MRSM Tun Ghafar Baba 25KM melalui jalan biasa. Masa untuk sampai lebih kurang 30 minit.
  • Pelawat dari Utara dan Selatan Semenanjung juga boleh masuk melalui Tol Lipat Kajang, Jasin Melaka. Jarak MRSM Tun Ghafar Baba 4KM melalui jalan biasa. Masa untuk sampai lebih kurang 10 minit.
  • Pelawat daripada Selatan Semenanjung boleh masuk melalui Tol Tangkak, Johor dimana kedudukan MRSM Tun Ghafar Baba 15KM melalui jalan biasa. Masa untuk sampai lebih kurang 20 minit.

Program Khas Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba adalah di antara tiga maktab yang diberi amanah untuk melaksanakan Program Khas Pendidikan selain daripada MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping. Program ini menawarkan satu program yang boleh memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mengcungkil bakat para pelajar yang biasanya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa. Pelajar pelajar yang mempunyai 'talent pool' dipilih berdasarkan keputusan PMR dan dianggap 'gifted' atau pintar cerdas.

Selain daripada menyediakan pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM, dengan menggunakan 'Schoolwide Enrichment Model'(SEM) yang diasaskan oleh Dr. Joseph Renzulli, MRSM Tun Ghafar Baba menyediakan pelbagai aktiviti pengkayaan SEM yang menjurus kepada aktiviti aktiviti yang memaksimakan potensi mereka dan memberi cabaran kepada kebolehan mereka. Model ini memberi pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk pelajar pintar cerdas.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]