Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°31′13″N 100°28′24″E / 5.52032°N 100.47338°E / 5.52032; 100.47338

Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas
مكتب رنده ساءين س مارا كڤالا باتس
Alamat
Lot 8784, Mukim 6
Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kepala Batas
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 2007
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Hj. Syauqi Bin Mohd Noor
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Siti Khatijah binti Hussin
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohammad Marzuki bin Hashim
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Munazmi binti Mohamed
Sistem pendidikanSPMRSM Program Ulul Albab
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
SloganNurturing Quranic Generation
Nama alumniANSARA Kepala Batas
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas (singkatan: MRSM Kepala Batas) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang, bersebelahan dengan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Kepala Batas mula beroperasi pada 1 Mac 2007 apabila warga kerja pertama, Tn. Hj. Shabani bin Ahmad, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Pelajar) melaporkan diri di Pejabat MARA Daerah Seberang Prai Utara diikuti oleh Pn. Normah bt Mohd Kasim, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik). Kumpulan pertama kakitangan pentadbiran seramai 12 orang mula melaporkan diri di MRSM Kepala Batas pada 12 Mac 2007, diikuti oleh guru-guru pada 15 Mac 2007.

Pengambilan pelajar sulung seramai 359 orang dibuat pada 16 April 2007. Sehingga kini, MRSM Kepala Batas mempunyai lebih 60 orang guru, 30 kakitangan sokongan dan 5 orang pegawai pengurusan. Tn. Hj. Shabani bin Ahmad menjalankan tugas sebagai Pengetua MRSM Kepala Batas sehingga 30 November 2007 apabila Tn. Hj. Abd Majid bin Abd Ghani melapor diri di MRSM Kepala Batas pada 3 Disember 2007 selaku Pengetua MRSM Kepala Batas yang~pertama.

Keluasan keseluruhan tanah untuk pembinaan MRSM Kepala Batas adalah 67 ekar yang terletak di atas Lot 8784, Mukim 6, Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Kampus ini mempunyai 5 blok, iaitu blok pentadbiran dan pusat sumber pembelajaran, bilik darjah dan makmal sains, asrama dan dewan selera, surau, dewan serbaguna serta pusat pelajar dan blok kuarters guru dan kakitangan. Kampus ini mampu menempatkan seramai 840 pelajar pada satu-satu sesi pengajian.

Tanggal 29 Mac 2009 bersamaan 2 Rabiulakhir 1430H, MRSM Kepala Batas ini telah dirasmikan penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri, Y.B. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Majlis Perasmian Projek-projek Persekutuan Parlimen Kepala Batas yang berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas.


Korporat[sunting | sunting sumber]

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

Melalui Sektor Pendidikan, MARA akan melahirkan tenaga kerja Bumiputera yang berdaya saing, berketrampilan dan mempunyai pegangan nilai sejagat dan agama yang kukuh, mempunyai kemahiran teknikal, mempunyai orientasi keusahawanan serta berkeupayaan memberi sumbangan kreatif di samping mampu menghasilkan sumbangan nilai yang tinggi untuk menyokong kegiatan usaha niaga konvensional juga dalam bidang-bidang bakal muncul k-ekonomi.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Sistem Pendidikan MRSM adalah satu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti pada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi. kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

  • Visi - Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
  • Misi - Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya bidang sains dan teknologi.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memperolehi GPS di bawah 2.0 bagi peperiksaan SPM dan GPS 1.0 bagi peperiksaan PT3.
  • Sekurang-kurangnya 70% daripada pelajar tingkatan 5 dan 80% daripada pelajar tingkatan 3 mendapat TPNG melebihi 3.0 pada akhir pengajian tingkatan 3 dan tingkatan 5. 
  • Semua pelajar yang menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 layak menerima Sijil Graduasi MRSM. 
  • Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sama ada daripada aspek pertuturan mahupun penulisan. 
  • Sekurang-kurangnya 5% pelajar yang mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan, boleh menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. 
  • Mencapai sifar kes disiplin.

Slogan[sunting | sunting sumber]

Nurturing Golden Generation


Logo MRSM[sunting | sunting sumber]

Roda Bergigi

Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia di mana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Teleskop dan alatan sains

Melambangkan sains dan teknologi masa kini.

Slogan Berdisplin berilmu beramal

Pada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai. Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Hitam

Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera.

Merah

Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang- peluang baru.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan budaya kerja cemerlang berpandukan kepada Kod Etika MARA (KEM), Pelan Integriti MARA (PIM) dan Kod Etika Perkhidmatan Guru. 
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan cekap kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak maktab. 
  • Melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran bersistematik, terancang dan efisien dalam memacu kecemerlangan pelajar. 
  • Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif untuk merekacipta teknologi terkini serta meminati bidang keusahawanan dalam tempoh lima tahun pengajian. 
  • Memastikan setiap pelajar mengikuti program Ulul Albab yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik sebagai asas melahirkan pelajar berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran. 
  • Mengoptimumkan penggunaan prasarana dan peralatan dalam aktiviti Kokurikulum pelajar. 
  • Menyediakan penginapan yang selesa, selamat dan kondusif untuk pelajar menjalani kehidupan seharian di asrama. 
  • Mewujudkan permuafakatan yang jitu dengan pelbagai agensi dan komuniti sekitar.

Sistem Pendidikan MRSM[sunting | sunting sumber]

Sistem Pendidikan MRSM terdiri daripada TIGA BIDANG UTAMA yang memberi tumpuan kepada program-program seperti berikut :

  • PROGRAM AKADEMIK
  • PROGRAM PERKEMBANGAN SAHSIAH
  • PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT

PROGRAM AKADEMIK

Kurikulum ini berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pelajaran Malaysia dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.

Subjek Menengah Rendah

Subjek Teras Subjek Khas
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Pendidikan Islam / Moral

Geografi

Sejarah

Sains

Kemahiran Hidup

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sains Komputer

Kemahiran Berfikir

Amalan Belajar

Bahasa Arab

Subjek Menengah Atas

Subjek Teras Subjek Elektif Subjek Khas
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sejarah

Pendidikan Islam / Moral

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Fizik

Kimia

Biologi

Matematik Tambahan

Prinsip Akuan

Rekacipta

English for Science and Technology

Sains Komputer

Senireka

Keusahawanan

Perkembangan Kerjaya

Kemahiran Berfikir

Amalan Belajar

 

PROGRAM PERKEMBANGAN SAHSIAH

Kurikulum ini dibentuk untuk mengokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktiviti keusahawanan, kokurikulum, persatuan, kelab, kem cuti, sukan dan permainan.

Contoh aktiviti-aktiviti Program Perkembangan Sahsiah:

Bil. Aktiviti Program
1 Program-program

Pembangunan Diri

Kursus Jayadiri

Bengkel Mengenal Diri

Bengkel Pengurusan Tekanan

Bengkel Latihan Asertif

Etiket

Latihan Temuduga

2 Aktiviti Keusahawanan Aktiviti Koperasi

Penerbitan Majalah

Program Usahawan Muda

3 Persatuan dan Kelab Persatuan Kemasyarakatan

Persatuan Matematik

Persatuan Seni Kreatif

Kelab Pertukangan

Kelab Kembara

Kelab Fotografi

4 Badan Beruniform Kadet Polis

Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia

Pandu Puteri

Pengakap

Puteri Islam

5 Kem Cuti Kem Bina Insan

Kem Astronomi

Kem Rekreasi

Kem Kajian Luar

Kem Arkeologi Muda

6 Sukan dan Permainan Bola Sepak

Ragbi

Catur

Sepak Takraw

Olahraga

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT

Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaan yang diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model.Melalui program ini, potensi dan bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik. Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :

Pengayaan Type I

Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaraan yang biasanya tidak diberikan di dalam kels formal melalui aktiviti ceramah, dialog, lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain. Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Type III).

Pengayaan Type II

Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif. Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.

Pengayaan Type III

Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktivitiPengayaan Type III, pelajar akan mempraktikan kemahiran dan emosi afektif yang diterapkan dalam Pengayaan Type II.

Program Ulul Albab[sunting | sunting sumber]

Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program ini adalah hasil cetusan idea bekas Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha memberi inovasi dan menerajui system pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, MRSM Kepala Batas telah dipilih sebagai MRSM yang ketiga selepas MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh untuk melaksanakan program tersebut. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Bagi merealisasikan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MARA, aspek multilingual diutamakan dengan menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai teras dan bahasa-bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan lain-lain juga ditawarkan sebagai subjek pilihan.

Hasrat yang murni ini memerlukan komitmen, kefahaman dan penghayatan yang tinggi daripada seluruh warga MARA amnya dan warga MRSM Kepala Batas khasnya. Akhirnya, diharapkan agar Program Ulul Albab akan dapat diteruskan dengan jayanya bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan. Tiada halangan hanyalah peluang.

1.0 OBJEKTIF

1. Melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia. Berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz Al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk mengikuti pengajian dalam bidang professional dan teknikal di mana-mana university yang tersohor di seluruh dunia.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menghafaz Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MRSM dan membina budaya Saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.

4. Melahirkan generasi Al-Quran yang menguasai pelbagai bahasa utama dunia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.

2.0 VISI

Melahirkan generasi ulul albab yang memahami sains, falsafah dan teknologi bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik yang berteraskan Al-Quran bagi menghadapi cabaran globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamadunan ummah.

3.0 MISI

Mentarbiah pelajar untuk melahirkan insan yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara melalui pembudayaan Al-Quran.

4.0 MOTTO

“Ulul Albab Teras Ketamadunan Ummah”

5.0 MODEL ULUL ALBAB

5.1 QURANIK

Menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar.

5.1.1 Muqarrar Tahfiz

Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’. Pecahan ayat/surah hafazan adalah seperti berikut :

Semester Bil Juzuk Juzuk Surah Hafazan
1

(Ting. 1)

4 surah pilihan

+

5 juzuk

1 – 5 Surah As-Sajadah

Surah Yaasin

Surah Ad-Dukhan

Surah Al-Mulk

+

Surah Al-Baqarah

Sehingga

Surah An-Nisa’ ayat 147

2

(Ting. 1)

6 juzuk 6 – 11 Surah An-Nisa’ ayat 148

Sehingga

Surah Yunus

3

(Ting. 2)

6 juzuk 12 – 17 Surah Hud

Sehingga

Surah Al-Hajj

4

(Ting. 2)

6 juzuk 18 – 23 Surah Al-Mukminun

Sehingga

Surah Al-Zumar ayat 31

5

(Ting. 3)

6 juzuk 24 – 29 Surah Al-Zumar ayat 32

Sehingga

Surah Al-Mursalat

6

(Ting. 3)

1 juzuk 30 Juzu’ ‘Amma

I’adah Tasmi’

5.2 ENSIKLOPEDIK

Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.

- Mengadakan kelas bahasa asing pilihan (Bahasa Jepun & Bahasa Mandarin)

- Kemudahan ICT yang lengkap

- Kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB).

5.3 IJTIHADIK

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.

- Aktiviti ko-kurikulum konvensional seperti berenang, berkuda dan memanah untuk memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.

- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]