Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang (singkatan: MRSM Kuala Klawang) terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Lihat juga [sunting]

Sejarah Penubuhan

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang ditubuhkan pada 20 April 1987, yang dikenali sebagai MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Dato' Luak Jelebu Negeri Sembilan di pekan Kuala Klawang, berhadapan dengan sebuah gereja(bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu). Maktab ini mula beroperasi pada 14 April 1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri. Pengambilan pelajar seramai 129 orang dibuat pada 6 Jun 1987. Pengetua pertama ialah Encik Bahari bin Ab Wahab. Bilangan staf pada waktu itu adalah 26 orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik.

Selepas beroperasi selama kurang lebih tiga tahun, dimana semasa keputusan SRP bagi tahun 1989 diumumkan, MRSM Jelebu ketika itu mendapat keputusan antara yang terbaik di Malaysia. Ianya merupakan salah satu pencapaian yang amat dibanggakan kerana MRSM tersebut pada waktu itu adalah dalam keadaan yang serba kekurangan. Terpanggil untuk menceritakan keunikan MRSM Jelebu yang pertama, berlatar belakangkan bukit hutan dimana permandangan waktu pagi dipenuhi kabus. Dimana ketegasan warden serta guru agama terutama Ustaz Sabri Ismail yang mewajibkan para pelajar menghadiri solat subuh setiap Ahad (juga menghadiri Kuliah Subuh) di Masjid Jamek Kuala Klawang serta pembacaan Yasin(bergilir dengan ceramah) di Surau Dato' Undang setiap malam Jumaat menjadi benteng kepribadian dalam penyediaan kepada para pelajar yang didedahkan kepada pengaruh luar ketika menyambungkan pelajaran mereka samaada IPTA tempatan, swasta di dalam mahupun diluar negara. Sumbangan para pelajar serta kakitangan MRSM kepada pembangunan di pekan kecil Kuala Klawang secara tidak langsung sendiri tidak dapat dinafikan.

Terima Kasih harus diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Mentri Akhir ul-Zaman Dato' Haji Musa Bin Abdul Wahab (Salah seorang Undang 4 yang berkuasa dalam menentukan siapa yang bakal dilanti sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang 'putera yang 4')kerana membenarkan penggunaan surau beliau setiap malam Jumaat selama MRSM Jelebu beroperasi di sebelah kediaman rasmi beliau. Banyak peristiwa, kenangan manis yang mengamit perasaan mereka yang pernah menuntut di sini. Usaha untuk menubuhkan kampus tetap telah dilakukan. Hasilnya, pada 12 Febuari 1990 majlis pecah tanah kampus tetap telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Encik Ghafar Baba di Ladang Jelebu, Mukim Gelami Lemi, Jalan Titi, Jelebu. Penubuhannya berkonsepkan mini MRSM. Kampus baru ini terdiri daripada 5 blok iaitu blok pentadbiran, bilik darjah dan makmal sains, blok asrama puteri, blok asrama putera, blok dewan selera dan surau.

Tanggal 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu telah berpindah sepenuhnya kekampus tetapnya di MRSM Kuala Klawang. Dengan perpindahan ini, MRSM Jelebu telah ditukar namanya kepada MRSM Kuala Klawang. Konsep awal penubuhannya masih lagi kekal di mana pengambilan pelajar masih tertumpu kepada pengambilan tingkatan satu hingga tiga.

Kampus MRSM Kuala Klawang ini telah mengalami dua kali pembesaran. Pembesaran pertama bermula pada bulan Jun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Projek pembesaran tersebut termasuklah pembinaan asarama putera, pembinaan dewan besar, penambahan satu blok akademik, pengubahsuaian asrama putera kepada bilik darjah, penambahan blok asarama puteri dan pembesaran surau. Selepas pembesaran, kampus ini mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar pada satu-satu masa bermula tahun 2000.

Pembesaran kedua bermula 24 Mei 2005 dan dijangka siap pada Ogos 2007. Pembesaran meliputi pembinaan asrama puteri, dewan selera, tiga unit rumah warden dan satu unit rumah ketua warden. Pembesaran juga melibatkan pengubahsuain asarama puteri kepada makmal sains, dewan selera kepada Pusat Sumber Pembelajaran dan makmal komputer.


pautan lagi:

Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Kuala Klawang http://pspmrsmkk.blogspot.com/

Pautan luar [sunting]

Laman Web Rasmi MRSM Kuala Klawang- http://www.mrsmkm.edu.my/kklawang/

Tidak Rasmi Unit PSP MRSM Kuala Klawang - http://pspmrsmkk.blogspot.com/


Download MRSM Kuala Klawang Android App