Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MAKTAB RENDAH SAINS MARA.gif

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai (singkatan: MRSM Kuala Krai) terletak di Kuala Krai, Kelantan. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil 20 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan yang berakar umbi dari Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun 1965 dan 1968. Seterusnya dalam usaha MARA untuk melahirkan cendiakawan bumiputera yang maju dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini, sebuah demi sebuah MRSM telah ditambah dan dikembangkan operasinya. Maka, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 sebuah lagi penubuhan MRSM di negeri Kelantan Darul Naim telah diluluskan iaitu MRSM Kuala Krai.

Cadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA Rendah Sains MARA, di atas Lot 1624/B, Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim telah direalisasikan dengan penyerahan pembinaan kepada kontraktor Kubang Batang Puspasari Sdn. Bhd. pada 25 September 1999. Pembinaan ini dijangka siap pada 20 April 2001 namum di atas sebab-sebab tertentu maktab ini mula beroperasi pada 1 Februari 2002. Upacara perasmian maktab ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Tunku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 9 Jun 2003 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1424H secara gilang gemilang. Kini kampus MRSM Kuala Krai megah di tepi lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, bertentangan dengan Kampung Rahmat dan berjiran dengan Sekolah Menengah Ugama ( A ) Rahmaniah.Sebagai perintis, warga maktab ini terdiri daripada seorang Pengetua, dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan, 27 orang guru dan 10 orang kakitangan sahaja. Kemasukan pelajar pertama ke maktab ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2 dari MRSM Jeli iaitu pada 10 Mac 2002. Diikuti pula kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada 18 Mac 2002 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 25 Mac 2002.

Kini, maktab yang tersergam indah ini memenuhi kapasiti pelajar berjumlah 766 orang. MRSM Kuala Krai ini diterajui oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan ,50 orang guru dan 27 orang kakitangan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

MRSM Kuala Krai terletak di Kampung Padang Sembilan, KM4 Lebuhraya Kuala Krai Gua Musang 18000 Kuala Krai Kelantan.MRSM ini dilihat tersergam indah pada waktu malam di sebelah kanan melalui jalan menghala ke Gua Musang.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan di MRSM ini termasuklah ruang pejabat: sebuah bilik Pengetua, 2 buah bilik Pen. Pengetua, sebuah bilik Pen. Pegawai Tadbir Kanan, sebuah bilik mesyuarat dan ruang kaunter pejabat, Dewan Sri Mara, sebuah dewan seminar, sebuah Dewan Sri Mara (tertutup) dan Dewan Selera (terbuka). Turut disediakan ialah 4 buah gelanggang tenis, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola jaring, 1 gelanggang hoki dan sebuah padang bola sepak untuk aktiviti riadah.

Bagi aktiviti kerohanian dan kebajikan, surau boleh memuatkan 800 orang jemaah pada satu masa, sick bay boleh memuatkan 30 orang pesakit, kedai koperasi mempunyai ruang dobi & kedai runcit. Terdapat 2 blok asrama lelaki & 2 blok asrama perempuan, 25 buah kelas pembelajaran, 1 unit rumah pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 16 buah rumah guru, 1 unit rumah ketua warden, 12 rumah warden & 6 unit rumah IMG.

Facebook Mrsm Kuala Krai[sunting | sunting sumber]

Facebook merupakan satu benda yang tidak asing lagi bagi setiap orang di seluruh dunia.Mrsm Kuala Krai juga mempunyai facebook sendiri dimana para pelajar, guru,alumni dan staff mrsm dapat berinteraksi antara satu sama lain. Para pelajar dan bekas pelajar boleh berhubung di mana jua mereka berada melalui page rasmi facebook MRSM Kuala Krai. Page Mrsm Kuala Krai dan Group Bekas Pelajar Mrsm Kuala Krai ini di pantau sepenuhnya oleh beberapa orang admin yang telah di lantik yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar dan juga guru MRSM Kuala Krai.

pautan laman web facebook mrsm :

  1. Alumni Group
  2. Page Rasmi MRSM

Alumni MRSM Kuala Krai[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]