Maktab Rendah Sains MARA Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maktab Rendah Sains Mara Muar)
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Muar
MRSM Muar
Motto: Berdisiplin, Berilmu, Beramal

A College of Character, A Mark of Excellence

Ditubuhkan pada: 14hb Ogos 1981
Dirasmikan pada: 16 September 2006
Dirasmikan Oleh: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Syah
Jenis Sekolah: MRSM, Sekolah Menengah, Sekolah Berasrama Penuh
Pengetua Terkini: En. Abd Rahim bin Mohammad
Lokasi: KM 10 Jalan Bakri,
84200 Bakri, Muar,
Johor Darul Takzim,
Malaysia
Pendaftaran Pelajar: Kira-kira 650+ orang pelajar setiap tahun.
Website: http://www.mrsmkm.edu.my/muar

Maktab Rendah Sains MARA Muar (singkatan: MRSM Muar) terletak di Muar, Johor. Ia telah dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang. Pada tahun 1981, pengambilan pelajar pula adalah seramai 150 orang. Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan maka kumpulan pelajar-pelajar itu telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu. Pada tanggal 14hb. Ogos tahun 1981 kampus MRSM telah mula boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula dikampus MRSM Muar ini .

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif berteraskan nilai-nilai saintifik, indipenden, kretif, berdaya keusahawanan dan patriotik serta cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif, berbakat, berakhlak mulia, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik dan patriotik melalui akademik dan ko-kurikulum.
  • Untuk mewujudkan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.

Objektif Operasi[sunting | sunting sumber]

  1. Menjadikan MRSM Muar sebuah institusi pendidikan yang cekap, ceria dan cemerlang.
  2. Menghasilkan sekurang-kurangnya 50% pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan SPM
  3. Mengekalkan GPS di bawah 2.5 dalam peperiksaan SPM
  4. Semua pelajar mendapat TPNG 2.00 ke atas pada setiap semester dan sekurang-kurangnya 20% pelajar mendapat Sijil penghormatan Pengetua dan Sijil Graduasi MRSM Kelas pertama
  5. Semua pelajar layak menerima Sijil Graduasi dalam Sistem Penialaian PNG MRSM

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kampus MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani Muar di Mukim Bakri, daerah Muar dan bersebelahan STUDI, sebuah sekolah menengah harian di Pekan Bakri. Keluasan kampus ialah kira-kira 23 hektar. MRSM Muar terdiri dari satu blok bangunan untuk pejabat pentadbiran dan bilik guru, sebuah bangunan Pusat Sumber Pembelajaran (PSP), dua blok bangunan akademik yang baru dan kawasan bangunan akademik lama serta sebuah dewan yang dikenali sebagai Dewan Dato' Onn bagi kegunaan perhimpunan serta majlis-majlis maktab.

Pada tahun 2005, pembangunan pesat mula dilakukan dalam kawasan maktab bagi memperbaiki bangunan serta memperbaharui kemudahan usang. Kini Dewan Dato' Onn telah dilangkapi sistem penghawa dingin, bangunan-bangunan lama dicat semula manakala makmal-makmal Biologi, Kimia dan Fizik diperbaiki dan diperbaharui dengan perkakasan yang lebih canggih.

Pembangunan dalam maktab masih diteruskan lagi.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

2 blok asrama putera (Asrama Tun Abdul Razak (ATAR) dan Asrama Tun Hussein Onn (ATHO)) dan 2 blok asrama puteri (Asrama Tun Fatimah (ATF dan Asrama Tun Teja (ATT)) yang mempunyai kira-kira 52 buah bilik pada setiap blok disediakan bagi penginapan para pelajar. Dewan Selera Putera bersebelahan Asrama Tun Hussein Onn yang tidak lagi digunakan masih dikekalkan bagi pelajar menjalani latihan ping-pong manakala Dewan Selera Puteri setentang dengan Asrama Tun Teja digunakan sebagai Dewan Selera para pelajar. Turut disediakan juga Rumah Pengetua, Rumah Penolong-penolong Pengetua, rumah-rumah warden lelaki dan wanita, Surau An-Nur dan rumah-rumah pekerja di dalam kawasan maktab.

Di kawasan blok akademik, blok-blok tingkatan 5 dan tingkatan 4 dipisahkan kepada blok lama dan blok baru. Blok-blok akademik ini dilengkapi dengan papan putih dan loker pelajar dalam setiap kelas. Kemudahan asas seperti tandas, telefon awam dan 'watercooler' turut dilengkapi di lokasi-lokasi strategik sekeliling kawasan blok akademik.

Sebuah padang sukan beserta astaka, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar dan sebuah kolam renang disediakan bagi kemudahan riadah para pelajar. Hutan Rekreasi MRSM Muar yang terletak di belakang Rumah Penolong Pengetua dan Asrama Puteri turut digunakan oleh para pelajar untuk aktiviti perkhemahan serta piknik homeroom pada Minggu Aktiviti. Jalan tar yang mengelilingi keseluruhan kawasan maktab juga boleh digunakan para pelajar untuk berjoging.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Imej Tempoh Khidmat
Abd Rahim bin Mohammad
Pengetua MRSM Muar 09.jpg
2011-2013
En. Ejam bin Samin 2006-2010
Tn. Hj. Pa'ee bin Kassim 2000-2006
Tn. Hj. Shafie bin Teh 1999-2000
Tn. Hj.Dzulkifli bin Hj.Shamsuddin 1993-1999
En. Shabudin bin Hashim 1991-1993
En. Ahmad bin Ismail 1988-1991
Tn. Hj. Fadhil bin Hj. Mohd Onn 1986-1988
Tn. Hj. Abdul Hamid bin Zamburi 1981-1985

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]